Isnin, 26 September 2011

Arwah Sarbaini:Bunuh diri pun tidak, dibunuh pun tidak 'pelik bin ajaib'

Koroner:Sarbaini jatuh dengan tidak sengaja, bukan bunuh diri-M'insider

Mahkamah Koroner memutuskan bahawa bekas Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di premis SPRM awal April lalu “jatuh dengan tidak disengajakan”. Koroner juga menolak kemungkinan Sarbaini membunuh diri atau meninggal dunia disebabkan penyakit semula jadi.
Menurut Koroner Aizatul Akmal Maharani, Sarbaini terjatuh dari tingkat tiga dengan tidak disengajakan.
Sehubungan itu, koroner memutuskan bahawa Sarbaini  meninggal dunia disebabkan “nahas” dan turut memutuskan teori pegawai Kastam Diraja Malaysia itu dibunuh jelas tidak dapat dipertahankan kerana ketiadaan sebarang luka tangkis dan tanda-tanda mempertahankan diri atau kesan pergelutan.
Malah menurut koroner, tiada elemen ‘foul play’ atau penglibatan pihak lain serta tiada elemen jenayah.
Katanya, “teori-teori berkenaan adalah andaian semata-mata dan tidak disokong oleh mana-mana kenyataan.”

Inkues:Tiada unsur jenayah dalam kematian Sarbaini-M'kini

Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed, 56 jatuh dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur selepas berada pada belebas tingkap bangunan itu.

NONEKoroner Aizatul Akmal Maharani, dalam penghakimannya kepada mahkamah yang penuh sesak, berkata teori bahawa SPRM terlibat dengan kematiannya tidak boleh diterima.Sehubungan itu, beliau menolak bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga bagi alasan kematian.

"Tidak ada tanda-tanda pergelutan pada kejadian itu dan mahkamah juga menolak bahawa dia membunuh diri."

Menurut koroner, beliau percaya Ahmad Sarbaini terjatuh dari bangunan itu dan dalam keadaan sedar semasa jatuh.

"Mahkamah juga mendapati dia mati serta-merta dalam kejatuhan itu dengan kakinya terjatuh dahulu sehingga mencederakan kedua-dua belah kakinya dan juga mengalami kecederaan teruk di kepala."

Peawai Pejabat Peguam Negara Mohd Abazafree Mohd Abbas membantu dalam inkues itu manakala SPRM diwakili oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Keluarga Ahmad Sarbaini pula diwakili oleh peguam Awtar Singh mewakili manakala peguam Rosli Dahlan dan Nadia Marni Mat Zin bertindak sebagai pemerhati bagi syarikat multinasional DB Schenker Logistics (M) Bhd.

Antara penemuan penting inkues itu adalah bahawa sistem litar tertutup CCTV SPRM didapati diganggu dengan 22 jam rakaman termasuk tempoh apabila Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu telah dipadamkan.

Seramai 34 saksi memberi keterangan pada inkues yang mengambil masa 14 hari untuk selesai.

Saksi-saksi yang tampil, termasuk dua ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Faridah Md Nor dan Dr Shahrum Abd Wahid.

Ahmad Sarbaini meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat ketiga pejabat SPRM Kuala Lumpur yang baru di Jalan Cochrane pada April 6, tahun ini.

NONEBeliau ditangkap sebagai sebahagian program 3B tetapi kemudiannya dibebaskan sebelum kembali kepada SPRM pada hari kejadian itu.

Kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga mendakwa terdapat unsur jenayah dalam kematiannya. Mereka berkata, Ahmad Sarbaini adalah seorang pegawai yang bersih dan telah merancang untuk menunaikan fardu haji tahun ini bersama isteri dan ibu bapanya.

Balu allahyarham Masiah @ Maziah Manap dan pengerusi Sosial Care Tan Sri Robert Phang turut hadir di mahkamah.-M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan