Perkasa kata depa akan teruskan buat protes kepada Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu hingga beliau tarik balik kenyataan dalam isu Mat Indera.Adegan baling batu dan botol air akan terus jadi pesta dalam ceramah Pas selepas ini oleh Perkasa.
Adakah pihak polis hanya akan jadi penonton melihat gelagat Perkasa yang macam spesis orang yang duduk dalam gua atau hutan belantara ..nampak orang kira nak baling batu dan botol air.Perkasa oiii kalau nak protes sampai seminggu pun proteslah tapi kalau nak main baling batu dan baling botol air ni dah kira melampau dan tak bertamadun punya orang.Awat jadi bodoh ajar budak-budak Perkasa jadi samseng taik kucing?
Pertubuhan Melayu macam Perkasa hanya berani lawan dengan Melayu yang berhujah isu Mat Indera tapi bila libatkan Melayu Umno yang turut jadi Perkasa yang seleweng hak Melayu senyap tak berani kata apa?
NGO baling batu ni rasa hebat sebab duduk di bawah ketiak Umno.Apa nak heran dengan baling batu ni..orang Pas dah banyak mati kena bunuh dengan puak-puak Umno , kena tembak pun ada macam di Memali takat baling batu tak main la..
PERKASA ancam lagi protes terhadap Mat Sabu-M'kini
PERKASA Negri Sembilan memberi amaran akan menganjurkan lebih banyak
protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani
menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.
Ketua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau
sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad atau lebih popular
dikenali sebagai Mat Sabu, jika pemimpin parti Islam itu enggan memohon
maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.
"Saya
beri jaminan buat protes terhadap tindakan Mat Sabu, memperlekehkan
anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan pengganas
komunis.
“Protes ini bukan hanya disertai PERKASA
negeri sahaja, malah melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
kesal dengan kenyatan Mat Sabu,” kata di Rahang, Seremban dipetik akhbar
Sinar Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan