Walaupun akta ISA yang zalim sudah dimansuhkan oleh pengumuman Najib semasa Hari Malaysia empat hari yang lalu namun tahanan ISA hingga kini belum dibebaskan lagi.Pengumuman Najib hapuskan ISA disambut dengan perasaan berbelah bagi kerana dua akta baru akan muncul gantikan ISA.Blog-blog penyokong Umno rasa mengkelan dengan tindakan Najib hapuskan ISA.Seolah-olah bagi mereka ISA tu sebagai senjata untuk mengekang kebangkitan PR dalam politik Malaysia.
Bagi penyokong Umno yang tak setuju dengan tindakan Najib hapuskan ISA melihat tanpa ISA Umno-BN menjerat diri sendiri untuk kalah lebih teruk lagi dalam pru akan datang.Bagi mereka nak menang kena ada ISA, kena ada akta rimba baru boleh menang.ISA seolah-olah nyawa dan nadi BN untuk terus berkuasa.Sikap bodoh dan biol ini tak dapat dielakkan dan sebati dengan Umno.
Kenapa ISA dihapuskan olreh Najib.Mengikut laporan dan tulisan G.Manimaran dalam TheMalaysian Insider ISA:Umno label Najib tunduk desakan minoriti?, antara lain melaporkan golongan pertengahan mengambil sikap tunggu dan lihat sikap Najib mansuhkan ISA.Bukan apa sebab sikap pemimpin Umno-BN yang suka cakap berubah-ubah dan flip-flop;
Bagaimanapun pakar yang berpengalaman mengiktui perjalanan pilihan
raya sejak empat perdana menteri yang lalu juga berkongsi pengalaman
bahawa kumpulan pertengahan yang berpendidikan yang mengalu-alukan usaha
ini tidak seharusnya akan dineutralkan.
“Mengambil kira latar belakang mereka ini golongan berpendidikan, mereka akan mengambil sikap tunggu dan lihat.
“Jika pemansuhan dilakukan dengan segera dan tahanan dibebaskan,
mereka kemungkinan akan menyokong Najib. Tetapi jika proses itu lambat
dan dilewatkan, mereka akan kehilangan sokongan sekali lagi,” katanya
sambil mengemukakan persoalan siapa yang menasihat Najib dalam ini.
“Adakah ia juga idea kumpulan penasihat yang dikaitkan dengan APCO,”
kata beliau yang hairan dengan keputusan ini seolah-olah tergesa-gesa
selepas Perhimpunan Bersih 2.0 dan beberapa minggu selepas pengumuman
kajian Merdeka Center menunjukkan populariti Najib, yang juga Pengerusi
BN dan Presiden Umno merudum teruk sejak Mei 2010.
Bagaimana pula dengan sentimen orang Umno secara langsung. Blog-blog
pro-Umno yang seringkali mencerminkan pendirian parti teras BN ini
mempunyai pandangan sendiri yang berbelah bahagi, meskipun kebanyakan
melahirkan pendirian negatif. Beberapa blog pro-Umno melahirkan
pandangan tidak memihak kepada langkah diumumkan oleh kepimpinan Najib.Baca semua di sini.
Penyokong Umno dan blog Umno rasa kecewa sikap Najib mansuhkan ISA sementara kita yang lawan Umno-Bn , lawan ISA rasa bimbang jika akta baru gantikan ISA sama macam ISA cuma tukar nama sahaja!
Kenapa pengumuman Najib hapuskan ISA tidak disertakan dengan pembebasan tahanan ISA dan penutupan Kem Tahanan ISA di Kamunting Perak?Hishamuddin sepupu Najib awal-awal lagi kata tahanan ISA akan dibebaskan apabila akta batu ganti ISA digubal.Bila?
Apco adalah penasihat kerajaan Umno-Bn.Tarikh pru 13 juga mungkin akan dinasihati Apco bila masa yang sesuai bagi Najib untuk umum tarikh pru 13.
Baca juga;
Najib sengaja ketepi pejuang mansuhkan ISA-Harakahdaily
Pejuang kekalkan ISA sibuk nak jadi hero-Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan