Jumaat, 30 September 2011

Mak Cik Felda kena 'kencing' lagi

365 peneroka Felda Pahang tuntut gantirugi RM200 juta-M'insider

Seramai 365 peneroka dari 19 Felda di Pahang memfailkan tuntuan di Mahkamah Temerloh hari ini menuntut ganti rugi RM200 juta berhubung penipuan dalam urusan membeli dan memproses sawit dan pemasaran. Ia dilihat sebagai siri saman dibawa oleh peneroka ke atas pengurusan Felda sejak beberapa tahun lalu.
Peneroka yang mengemukakan saman ini terdiri daripada mereka yang tinggal di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 3, Felda Jengka 4, Felda Jengka 5, Felda Jengka 6, Felda Jengka 7, Felda Jengka 10, Felda Jengka 13, Felda Jengka 14, Felda Jengka 15, Felda Jengka 16, Felda Jengka 17, Felda Jengka 18, Felda Jengka 19, Felda Jengka 23, Felda Jengka 24, Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Ulu Jempol.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, para peneroka terbabit menyenaraikan enam bentuk penipuan iaitu defendan pertama – Felda telah menetapkan bahawa segala buah sawit hanya boleh dijual kepada defendan kedua iaitu kilang sawit Jengka 3, Bandar Jengka; pusat Pengumpulan BTS Jengka 3 D/A Jengka 4, Maran; Kilang Kelapa Sawit Jengka 8; Kilang Kelapa Sawit Jengka 1 dan Kilang Kelapa Sawit Jengka 21.
Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa defendan kedua dengan palsunya membuat akuan bahawa Kadar Perahan Gred (KPG) dan dengan berniat jahat dan sengaja menurunkan kadar KPG bertentangan dengan kadar yang sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit yang perlu dibayar kepada plaintif.
“Plaintif-plaintif menyatakan bahawa plaintif layak menerima pembayaran berdasarkan kadar perahan minyak asas yang penuh tanpa apa apa penalti memandangkan sekiranya terdapat apa-apa buah yang ditahan, ia akan dilupuskan berdasarkan kehendak manual penggredan MPOB,” kata pernyataan tuntutan.
Peneroka terbabit juga mendakwa defendan pertama telah berkonspirasi dengan defendan kedua untuk menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan dan defendan kedua membeli dan defendan pertama dan/atau defendan kedua menjual buah sawit plaintif-plaintif di bawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif.
Malah kata mereka, defendan pertama membuat representasi yang salah tentang hak plaintif-plaintif berkenaan dengan hasil jualan sawit tersebut, defendan pertama telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh plaintif gagal melindungi kepentingan dan kebajikan plaintif.
Di samping itu, defendan pertama dan defendan kedua telah secara bersesama dan berasingan dan atau bertanggungan untuk menipu plaintif dan atau berkonspirasi untuk menipu plaintif-plaintif dalam urusan jual beli hasil sawit dan telah menyebabkan kerugian kepada plaintif, dan defendan kedua telah membuat representasi yang salah bahawa buah-buah yang ditolak dari hantaran plaintif telah ditahan untuk dilupuskan tetapi telah diproses dan hasil minyak dari pemprosesan tersebut telah dijual dan hasil pendapatan dari penjualan tersebut itu tidak dibayar kepada plaintif.
Plaintif mendakwa, berdasarkan susut nilai Kadar Perahan Asas (OER) 8.5 peratus bagi buah atau hasil sawit sejumlah 120 tan setahun, dan berdasarkan kerugian RM257.60 setan pada 2008, bermakna setiap peneroka mengalami kerugian sebanyak RM30,912.
Bagi buah yang ditahan tetapi tidak dilupuskan, berdasarkan harga purata pada 2008, setiap peneroka yang terdiri telah kehilangan pendapatan RM1,345.63.
Berdasarkan perkiraan tersebut, plaintif akan membuktikan bahawa kerugian kesemua mereka telah mengalami kerugian lebih kurang RM11,774,034.95 pada 2008.
Oleh itu, plaintif memohon defendan pertama dan kedua membayar ganti rugi khas berdasarkan jumlah keluaran dan harga BTB sawit untuk setiap tahun bermula dari 1995.
Malah mereka juga memohon defendan pertama dan kedua ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah.
Peneroka-peneroka itu diwakili R Sivarasa, Latheefa Koya dab T Kumar.-M'insider

Berani cakap 100 peratus jika pilihanraya di negara ini tidak ada penipuan dah lama Umno-Bn mampoih.Berani cakap jika orang Melayu dah cerdik dan sedar tidak lagi boleh dikencing oleh Umno dah lama Umno berkubur.


Kenapa makcik-makcik Felda tak minta tolong kepada Perkasa , kepada lawyer Umno untuk dapatkan hak mereka?Harap-harap Perkasa datang cepat-cepat baling batu dan botol air kepada si pengkhianat Melayu ini.Ada berani?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan