Ahad, 25 September 2011

Klip video 'undilah' tiada kelulusan, blogger Umno siarkan video lucah tak diambil tindakan


Berkaitan;
SKMM:Undilah tiada kelulusan LPF, jadi TV tak boleh siar-M'insider

Lepas tu baca lah pula KP Kastam:Video seks kai kes Sarbaini perbuatan kejam-M'insider

Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf menyelar tindakan blog-blog pro-Umno mengeluarkan video seks, didakwa melibatkan pegawai agensi itu, sambil menyifatkannya sebagai perbuatan kejam kerana sanggup mengaitkan dengan kematian Ahmad Sarbaini Mohamed. Dalam respons menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider, Khalid berkata tiada bukti yang boleh mengaitkan pelaku dalam video seks itu adalah pegawai agensi tersebut seperti yang didakwa blog The Unspinners.
“Walaupun blog itu memaparkan dengan jelas perlakuan seks, namun setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai siapakah sebenarnya pelaku terlibat, justeru tidak boleh dikatakan secara konklusif ia melibatkan warga Kastam,” kata beliau.
Malah kata beliau, “mengaitkan pelakuan seks tersebut dengan kes Sarbaini yang saya tidak nampak pertaliannya adalah perbuatan kejam dan tidak bertangungjawab jika bertujuan untuk mengaibkan orang yang telah kembali ke rahmatullah.”
Pertengahan minggu lalu, beberapa blog pro-Umno mengeluarkan video seks yang dilihat sebagai usaha mencemarkan reputasi pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia menjelang keputusan inkues Sarbaini, yang akan diumumkan esok.
Klip video itu, yang kelihatan dirakamkan secara rahsia menunjukkan seorang lelaki Melayu mengadakan hubungan seks dengan wanita Caucasus, dipercayai di sebuah bilik hotel.
Blog The Unspinners merupakan laman pertama mengeluarkan video itu, mendakwa lelaki dalam rakaman itu adalah seorang pegawai Kastam manakala wanita itu pula pelacur warga Rusia.
Lelaki dalam video itu tidak dinamakan tetapi pemblog itu memaut rakaman tersebut yang berjudul “Pegawai Kastam Yang Terlampau,” dengan kematian seorang pegawai Kastam di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan 6 April lalu.
Pemblog itu berpendirian selari dengan pendirian SPRM dan peguamnya Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah ketika prosiding berkenaan punca kematian Sarbaini.
Pada 12 September lalu, Shafee berkata keputusan inkues berhubung kematian Sarbaini, Penolong Pengarah Kastam Selangor, perlu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tambah Khalid, sepatutnya pihak yang mempunyai bukti penglibatan pegawai Kastam dalam pelakuan seks membuat laporan polis dan bukan mendedahkan kepada umum.
“Jika seseorang mempunyai bukti kukuh mengenai pelakuan warga Kastam lebih sesuai jika dibuat laporan polis dan bertanggungjawab ke atas laporan tersebut,” katanya.-M'insider

Umno rojakkan semua isu.Agak tak berapa boleh lawan isu yang mereka buat, seks akan jadi senjata untuk jatuhkan maruah musuh mereka.Lawan hujah isu Mat Indera kalah , kaitkan Mat Sabu dengan isu seks, lepas tu pusing balik isu Anwar Ibrahim dengan kes liwat, lepas tu kaitkan isu kastam yang mati jatuh bangunan dengan seks.Cerita kastam mati dah jadi kes seks!

Gerombolan Umno geram dengan kastam kerana macam mana kes  bini Najib Rosmah Mansor didakwa import cincin RM24 juta boleh pecah lubang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan