Jumaat, 9 September 2011

Kalau negara ini tak dijajah buat apa sambut merdeka?Memang betul-betul 'kangkong'!

Cuba kita dengar apa profesor kangkong dan kongkang berkata-kata dalam isu yang dipanaskan Umno dengan tujuan nak cover isu kezaliman BN dalam demo Bersih 2.0.Profesor ni ingat bila dia bercakap semua betul dan ada fakta.Dia ingat bila buka mulut saja orang akan akan kata betul! betul! apa prof cakap ha ha.Jangan jadi macam MB Johor bila buka mulut saja isu Mat Indera terus nampak bodoh dan bodohkan diri sendiri.Daripada orang tak tahu kata macam ni ka MB bila bercakap, bila berkata-kata nampak lidah bercabang tiga.Sama macam MB Pahang kaki tak bayar hutang ha ha..Sampai mogok lapar yob punya nak minta hutang dijelaskan.Inilah MB-MB Umno yang kaki auta dan putar belit.

Berbalik kepada profesor kangkong dan kongkang yang kata negara ini tak pernah dijajah.Sapa mau percaya kata negara ini tak pernah dijajah British?Kenapa perlembagaan sekular Malaysia ,undang-undang sivil negara ini gunapakai otak penjajah Lord Reid (klik) semasa nak buat perlembagaan dulu? Kalau tak dijajah kenapa sambut merdeka tiap-tiap tahun ? Ini sapa mau jawab?

Adakah dijajah dengan dinaungi tak sama?Adakah tidur dengan lena tak sama?Adakah mimpi dengan mamai tak sama? Ha Ha .Adakah cari makan dengan cari rezeki tak sama.Daripada isu Mat Indera dah jadi kata negara ini tak dijajah cuma dinaungi!Ini prof cari makan bukan cari rezeki ha ha.

Tubuhlah majlis profesor ka, apaka rakyat sekarang ini semakin sedar kena tipu dengan ustaz cari makan, prof cari makan, konsultan cari makan demi untuk Umno terus berkuasa.Bila dah jadi macam Gaddafi,Mubarak dan Ben Ali cakaplah apa pun dah tak laku.Rakyat akan kata ini semua fakta bohong dan menyesatkan.Fakta dan akai cari makan saja.

Ini cakap politik untuk naik pangkat dan terangkat.Cakap belit dan membelit.Sia-sia jadi prof kalau hanya untuk kepentingan Umno.

Zainal Kling: Malaya tak pernah dijajah-Malaysiakini

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.Baca semua disini.

1 ulasan:

  1. Ulang tahun memperingati 'Babi Negara' memperolehi harta yang difaraidkan oleh British untuk anak-anak haramnya.

    BalasPadam