Ada profesor 'juling sejarah'-pensyarah-Harakahdaily
Kenyataan Majlis Profesor Negara kononnya Tanah Melayu tidak pernah
dijajah dan hanya dinaungi British disifatkan tokoh sejarah dari
Universiti Malaya sebagai ‘juling sejarah’.
“Bukan sejarahwan sebenarnya kalau mengeluarkan kenyataan seperti
itu. Saya tidak faham mengapa boleh berlaku begitu,” kata Prof Datuk Dr
Mohamad Abu Bakar .
Menurutnya sejarah kalau tidak dinilai semula hanya akan diboloti pihak-pihak tertentu sahaja.
”Saya masih ingat kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr
Ismail meminta dinilai golongan kiri yang turut berjuang menuntut
kemerdekaan,” katanya pada forum rakyat di Dataran Stadium Sultan
Mohamad Ke IV malam tadi.
Forum berkenaan dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga bertindak sebagai panelis pada
forum tersebut.
Sebelum itu perasmian dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebelum ini Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis
Profesor Negara, Prof Datuk Zainal Kling menegaskan Tanah Melayu tidak
pernah dijajah dan hanya dinaungi Inggeris.
Pandangan itu ditolak pelbagai pihak sehingga menjejaskan kewibawaan Majlis Profesor Negara yang baru ditubuh kerajaan.
Dr Mohamad berpengalaman selama 21 tahun sebagai profesor sejarah di
UM berkata, tujuan mengkaji sejarah mempunyai dua makna iaitu untuk
mengetahui peritiwa yang berlaku.
Dan keduanya menceduk pengetahuan tentang peristiwa tersebut.
Kata beliau sejarah hanya sahih sehingga ada penemuan bahan-bahan baru. Ini bermakna sejarah boleh berubah.
”Sebagai contoh sejarah Tembok Besar China diberi versi baru sekarang
apabila ada kajian menyebut ribuan rakyat terkorban semasa membina
tembok tersebut.
”Ini bermakna Tembok Besar China sedang ’bertutur’ dengan penderitaan rakyat,” ujarnya.
Oleh itu beliau membuat tanggapan Mohamad Sabu muncul sebagai penilai
sejarah baru, bila mana sebelum ini kita hanya melihat melalui satu
teropong sahaja.
Sebab itulah kata beliau bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad membuat kenyataan sejarah yang diajar di sekolah ada yang tidak
betul.
”Permulaan isu ada penjernihan akhirnya. Kebatilan pasti luput
apabila timbul kebenaran. Dan kebenaran sekarang mulai muncul sedikit
demi sedikit,” ujarnya.
Beliau menyimpulkan sejarah merupakan sesuatu catatan tentang perkara yang lojik dan masuk akal.-Harakahdaily
Ya semua sejarah kena ditulis balik termasuk peristiwa Memali yang diseleweng faktanya oleh si pemerintah.Kata seoorang ustaz dalam kuliahnya di Masjid Al-Falah, Shah Alam semalam, "Kalau sejarah Nabi Muhammad SAW diputarbelit, sejarah para khalifah Islam dibohongi pihak yang mahu menjatuhkan Islam apatah lagi sejarah Tanah Melayu dan Malaya."
Juling mata ada yang teruk dan tak berapa teruk.Ada juling itik dan juling tengok periuk nampak belanga.Agaknya depa yang mengaku profesor ni juling sejarah tahap mana agaknya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan