Selasa, 13 September 2011

Umno pun ganas juga...

Kita hari-hari kena tipu fikiran kita dengan talibarut dan barua sistem kapitalis yang jerat dan makan kita secara tidak sedar.Hari-hari kita disumbat otak kita dengan tajuk yang dah bertukar daripada sehari ke sehari.daripada kisah Mat Indera kini dah jadi isu negara kita tak pernah dijajah oleh profesor kangkong dan kongkang.Kita ditipu lagi dengan menonjolkan pulak isu kezaliman komunis.

Ingat ..mula hanya isu Mat Indera didebatkan lepas tu bila Umno dan puak-puaknya tak boleh makan, rasa nak makan tuan isu ditukar oleh profesor kangkong dengan isu Malaya tak pernah kena jajah cuma dinaungi British.Ini cara Umno main isu berlari daripada satu padang kepadang yang lain supaya orang Melayu lupa isu utama negara yang menyebabkan imej Najib tercemar dan dipalit kekotoran kerana isu Bersih 2.0

Yang ganas hanya komunis.Yang zalim hanya komunis pada pandangan Umno dan talibarutnya.Habis ,Umno tak ganaska? Yang bunuh orang Islam di Memali pada 19 november 1985 tu tak ganaska.Orang Islam bunuh orang Islam di Memali.Yang suruh bunuh tu siapa kalau bukan pemimpin Umno?

Baca ;
Karikatur 'kekejaman komunis' di Utusan pula..-M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan