Jumaat, 9 September 2011

Tun Mahathir cuma tak kata 'Najib.. u resign la'

Memang kompom la gerakan jatuhkan Najib ke dalam tong taik Umno tu benar-benar jadi kenyataan.Hari ini Tun Mahathir mantan PM kata populariti Najib jatuh akibat zalimnya cara BN layan demo Bersih 2.0 Julai lalu.Muhyiddin tentu suka bila Tun Madey kata Najib dah tak popular ha ha.Peluang bro ..peluang nak jadi PM makin cerah bila Tun bantai Najib lagi.

Cuma Tun Madey tak kata cara tepat dan jelas dengan jadikan isu Bersih 2.0 untuk tibai Najib .Tun tak kata ,"Najib...u resign la bagi kat Mat Sembab pulak jadi PM "ha ha.Tun cuma pukul anak sindir menantu ha ha ha.Takkan Najib tak paham-paham apa kehendak Tun bila Tun hentam Najib.Bik Mama tentu geram dan menyinga bila Tun Madey bantai dan tibai Najib.Ini menambahkan jatuh air muka Najib sebagai PM.Ini boleh menjadikan gerakan jatuhkan Najib sebagai PM daripada puak Umno semakin hampir capai sasaran.Tun dah bagi signal yang jelas kepada Najib bahawa beliau dah meluat sama macam rakyat meluat kepada Najib dan Bik Mama .

Mahathir akui populariti Najib jatuh akibat cara tangani Bersih 2.0-M'insider

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu. Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.
Bercakap dalam satu wawancara Astro Awani disiarkan hari ini, Dr Mahathir  berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai.
“Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.
“Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan,” kata beliau lagi.
Kajian terbaru Merdeka Center mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.
Kajian itu dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu ─ kira-kira sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0.

Kepimpinan Umno mengetepikan hasil kajian itu sambil menyifatkannya sebagai tidak berasas.
Menurut beliau, Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan dan kepimpinan perdana menteri melalui perhimpunan itu.
Dr Mahathir membandingkan tindakan polis menjelang dan pada 9 Julai itu dengan tindakan polis Britain semasa rusuhan bulan lalu.
“Saya fikir rancangan Bersih berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan. mereka tahu kalau mereka menjalankan demonstrasi, maka sudah tentulah pihak kerajaan akan meletakkan pasukan untuk menghalang demonstrasi ini. dengan kerana itu, imej kerajaan menjadi buruk kerana kerajaan membuat tindakan seperti mengharamkan pakaiaan baju kuning dan sebagainya,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, penganjur perhimpunan Bersih 2.0 tahu yang kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan mereka dan usaha pihak berkuasa menanganinya memang ditunggu-tunggu supaya dunia melihat keburukan kerajaan.
Dr Mahathir turut ditanya penglibatan anaknya sendiri Datuk Seri Marina Mahathir pada perhimpunan itu.
“Saya beri kebebasan kepada anak saya. Saya tak kata anak saya mesti ikut saya. Mereka kebijaksanaan mereka sendiri. Alhamdulillah, dia sertai tetapi tak jadi apa-apa”-M'insider

Berkaitan;
Kempen 'Bersihkan Najib' dari dalam Umno?-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan