Ahad, 11 September 2011

Prof kangkong bikin Tunku Abdul Rahman hilang gelaran?

Kata profesor Aziz Bari dalam tulisannya yang disiarkan Malaysiakini menjawab hujah prof Zainal Kling yang kata Malaya tak pernah dijajah British:


Jenayah Muhyiddin, Shahidan

UFMS (Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu) ini pada hakikatnya sama dengan FMS (Negeri-negeri Melayu Bersekutu).
Cuma oleh kerana mereka di luar kerangka rasmi itu maka nama penasihat British itu diberikan nama lain. Dan pengaruh serta tinggalan British di UFMS pun kurang.

mahathir and muhyiddin yassinSebab itu tulisan jawi, cuti hari Jumaat mereka kekalkan. Johor ada askar sendiri. Sebab itu juga mereka ada perkhidmatan tadbir sendiri.
Tidak seperti di Selangor, Perak atau Pulau Pinang yang pakai PTD dan sekarang dimanipulasi sepenuhnya oleh BN untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.
Jenayah yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Shahidan Kassim masa mereka jadi Menteri Besar ialah mereka hapuskan cuti Jumaat itu.
Ini untuk membodek Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau pinda perlembagaan untuk lembikkan Raja-Raja pada 1993!

Jawatan Pesuruhjaya Tinggi (High Commissioner) itu diwujudkan selepas kedua-dua format itu dihapuskan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948.

Tiada lagi Bapa Kemerdekaan?
khoo kay kim anti auku gma 141006 pointing 
Kesilapan Zainal dan Khoo (kiri) alah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu.
Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?

Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!!

Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.

Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap...Baca semua di sini.

Ha ha apo nak dikato masa hidup dapat gelaran dah mati hilang gelaran ha ha ha.Tuan -tuan pernah makan buah jambu kling ha ha .Memang betul betul jambu ini profesor.Tolak tak rebah janji pertahankan Umno walaupun hujah lintang pukang.Memalukan sapa jadi anak murid ini Kling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan