Jumaat, 16 September 2011

Najib bagi hadiah kepada Tun Madey,Braheng Ali dan sekutu ISA

PM Najib mengumumkan sempena Hari Malaysia 16 September mahu mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim.Harus diingat ini baru pengumuman belum lagi pelaksanaan.Pembebasan semua tahanan ISA di Penjara Kamunting di Perak ditunggu semua pihak.

Akhirnya perjuangan rakyat dalam menuntut ISA dihapuskan telah berjaya.Para pejuang ISA yang terdiri daripada parti-parti politik dan NGO bersatu melawan ISA.Mereka ditangkap dan dilokap hanya kerana melawan akta zalim tersebut.Akhirnya Najib tunduk dengan kehendak rakyat.

PM Najib telah bagi hadiah istimewa kepada para penyokong ISA termasuk orang Umno sendiri, Perkasa, Pewaris dan NGO yang sokong ISA.Najib sedar sebelum terlambat, sebelum jadi macam Gaddafi, jadi macam Ben Ali, jadi macam Mubarak langkah drastik baiki nasib Umno-BN mesti dilakukan .

Apa orang Umno dan penyokong ISA nak kata bila Najib umum  mansuhkan ISA?Ha Ha..semua pejam mata rapat-rapat, tonggeng bontot naik ke langit dan lepaskan bom angin berdas-das ha ha.Apa Brahem Ali yang jadi penyokong tegar ISA nak ulas tindakan Najib yang jadi baik hapuskan ISA?Braheng mahu Mat Sabu dikenakan ISA tapi sehari sebelum Najib umumkan hapuskan ISA ha ha.Kempunan, kempunan Braheng tak dapat tunaikan hajat.Apa Tun Madey akan kata bila ISA dihapuskan.Adakah Tun Madey, Braheng akan berpakat dengan pemimpin Umno yang sokong ISA untuk jatuhkan Najib sebagai PM?

Berkaitan;
K'jaan mansuhkan ISA dan akta buang negeri-M'kini
Mansuhkan ISA:Kjaan didesak maohon maaf-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan