Jumaat, 16 September 2011

Najib sedar kalau ikut telunjuk Tun Madey dan Braheng Ali boleh terjun masuk lubuk

Braheng Ali Perkasa membebel lagi , membebel dan terus membebel.Menyembur-nyembur air liur basi Braheng peringatkan Najib yang umumkan hapuskan Akta zalim ISA dengan berkata Langkah Najib jangan sampai 'keris makan tuan' ha ha.

Kenapa Najib tak dengar cakap Braheng yang tak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan mahu sumbat Mat Sabu dalam ISA.Braheng ni sama spesis dengan Mat Ezam bekas ahli PKR yang mahu Mat Sabu dibuang ke Indonesia.Bodek yang bawa rebah ha ha.

Kerajaan sepupu sepapat Najib ini sedar kalau suka sangat ikut rentak Tun Madey, Braheng Ali dan Mat Ezam, Najib sendiri akan terjun masuk lubuk (masuk gaung) ha ha.Najib mahu keluar daripada gangguan Tun Madey, gangguan si katak dan si kotak Mat Ezam .Najib tak boleh biarkan diri beliau bergelumang dalam kubang Madey dan Braheng Ali .Najib mau jadi macam Pak Lah walaupun lembik tapi berani lawan Tun Madey yang bencikan Pak Lah hingga kini kerana jambatan bengkok tak dibetulkan Pak Lah ha ha.

Adakah Najib bermain wayang hapuskan ISA?Najib mau gubal akta baru gantikan ISA.Adakah akta baru sama macam ISA dan hanya bertukar nama sahaja?Apa pun rakyat sudah semakin sedar apa tujuan Najib buat pengumuman hapuskan ISA.Imej Najib jatuh teruk di mata dunia bukan hanya di Malaysia dalam isu Demo Bersih 2.0 Julai lalu.Najib mahu bersihkan diri beliau dengan hapuskan ISA.

Bagaimana pula pandangan rakyat kepada Bik Mama yang amat berkuasa dan mencengkam setiap inci dan pelusuk batang tubuh Najib?Cincin Bik Mama bernilai RM24 juta masih jadi tandatanya hingga kini.Disenyapkan begitu saja.

Pengumuman Najib hapuskan ISA memang tidak menggembirakan Tun Madey yang semakin hari semakin deras kritik Najib sama macam Pak Lah jadi PM dulu.Madey mau semua orang dengar cakap beliau.Cakap orang lain semua salah dan tak boleh pakai.Gerombolan Tun Madey tak akan duduk diam .Mereka akan gerakkan operasi jatuhkan Najib dan naikkan Muhyiddin sebagai PM.Ini perkara biasa dalam Umno sejak dulu, kini dan selamanya.

Baca juga;
Aziz Bari:Inisiatif Najib terhad, 'terlalu awal raikan' langkah Putrajaya-M'inisder
Kerajaan akui ISA zalim-GMI-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan