Jumaat, 9 September 2011

Orang Melayu tak akan naik darah dan ambik kisah berita macam ni

Syarikat konsesi tol kaut keuntungan RM13 Bilion-Malaysiakini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan mengapa syarikat utama konsesi lebuh raya masih menaikkan kadar tol sedangkan mereka telahpun memperolehi semula kos pembinaan dan mengaut keuntungan "yang besar".

Timbalan Menteri Kerja Raya, Yong Khoon Seng, dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim di Dewan Rakyat, mendedahkan syarikat konsesi yang menguruskan 27 lebuh raya telah meraih sejumlah RM37.7 bilion kutipan tol, di samping tambahan RM2.1 bilion pampasan daripada kerajaan.

Dengan kos pembinaan berjumlah RM26.4 bilion, ia memberi
keuntungan lebih RM13 bilion kepada syarikat konses, kata Lim yang juga setiausaha agung DAP, dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu, Lim ingin tahu mengapa kadar tol terus meningkatkan, sedangkan mereka sudahpun mendapat keuntungan, dengan menyebut Lebuhraya Utara Selatan Projek (Plus) sebagai contoh yang ketara di mana tempoh konsesinya adalah sehingga tahun 2039.

Mengikut Statistik yang disediakan oleh Lim, Lebuhraya Utara-Selatan dibina dengan kos RM5.9 bilion, tetapi ia telah mengutip lebih RM23.5 bilion kutipan tol, di samping tambahan RM735.2 juta pampasan daripada Kerajaan .

Swasta IWK:Satu lagi usaha rompak dana awam , kata Pakatan-M'insider

DAP menganggap rancangan kerajaan mahu menswastakan semula Indah Water Konsortium (IWK) sebagai satu lagi usaha merompak duit pembayar cukai dari Perbendaharaan, kata Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng hari ini. Lim berkata, syarikat pembetungan nasional itu merupakan entiti swasta sebelum ia diselamatkan oleh kerajaan 11 tahun lalu dan kini, sekali lagi hendak diswastakan dengan satu persoalan bagaimana hutang RM1.5 bilion yang perlu dibayar kepada Kementerian Kewangan akan dilangsaikan.
“Dulu swasta, kemudian dimiliknegarakan dan sekarang hendak diswastakan semula. Apa bezanya?”

“Akhirnya, kedua-dua model telah gagal sebab ia satu perompakan dana awam,” kata Lim ( pada sidang media di sini hari ini. Lim juga memberitahu bahawa sebanyak 27 konsesi lebuh raya yang dikeluarkan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini juga merupakan satu lagi contoh usaha hanya “membantu orang kaya berbanding golongan miskin.”
Pagi tadi The Malaysian Insider membawa laporan bahawa IWK, syarikat pembetungan nasional dijangka akan diswastakan dalam waktu terdekat dan bakal diambil alih oleh sebuah syarikat agensi pelaburan strategik 1MDB.
Kira-kira 11 tahun lalu kerajaan terpaksa menyelamatkan syarikat itu selepas syarikat terdahulu berhadapan dengan masalah kewangan.
Sumber-sumber memberitahu The Malaysian  Insider, konsortium diketuai oleh 1MDB itu turut membabitkan penyertaan Puncak Niaga dan langkah itu dikatakan telah menerima lampu hijau oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun difahamkan bahawa Kementerian Kewangan sedang meneliti secara mendalam usaha tersebut ekoran soal kebimbangan dan kebolehlaksanaan bahawa kerajaan kemungkinan terpaksa berhadapan dengan situasi menyelamatkan syarikat tersebut jika ia gagal sekali lagi.
IWK kini merupakan syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.
Pada 1994, kerajaan pusat telah menganugerahkan konsesi kepada syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara.
Sejak itu, IWK telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Majlis Perbandaran Johor Baru.
Di bawah cadangan itu, konsortium 1MDB akan memperoleh IWK dengan bayaran RM1 dan mengambil alih kesemua hutangnya termasuk pinjaman lebih RM1.5 bilion yang ia perlu selesaikan kepada Kementerian Kewangan.
Konsortium itu mahukan konsesi selama 60 tahun.
Ia juga mempunyai rancangan untuk mengaitkan caj-caj pembetungan dengan bil air.
Pada 2000, pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad membayar hampir RM200 juta untuk memiliknegarakan IWK demi menjaga kepentingan awam dan mengelakkan gangguan perkhidmatan.
Langkah itu diambil untuk menangani masalah hutang syarikat tersebut ketika itu dianggarkan RM700 juta.
Malah, rancangan baru kerajaan pentadbiran Najib ini dilihat kemungkinan mencetuskan kritikan yang sama sebab membabitkan 1MDB dan Puncak Niaga, sebuah syarikat yang berhubung kait secara politik dengan Putrajaya.
Seorang lagi pemimpin DAP, Liew Chin Tong berkata jika Puncak Niaga berpandangan bahawa ia mempunyai kedudukan kewangan yang baik, “mengapa tidak buka bidaan bebas untuk pengambilalihan? Mengapa melibatkan 1MDB?”
“Ia pengulangan dasar-dasar Mahathirisme,” katanya.
Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkembangan terbaru ini mencerminkan perjanjian pada 2002 di Selangor, ketika Dr Mahathir masih memegang jawatan perdana menteri – yang menyaksian Puncak Niaga dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor BN berkongsi bisnes bekalan air di negeri itu.
“Puncak Niaga mengambil 70 peratus manakala 30 peratus diberikan kepada negeri, memastian bahawa kerajaan tidak akan membenarkannya gagal,” kata beliau lagi.
Dzulkefy yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menambah, bukan sesuatu yang rahsia urusan sedemikian akan menyumbangkan dana politik kepada Umno khususnya di Selangor di mana Najib pernah berkata bahawa BN perlu mengambil alih negeri paling kaya itu dalam apa jua cara pun.-M'insider

 Ngo yang ada kepala tak ada ekor tak akan pertikai semua ini.Tak akan pertikai dan protes kerana bagi mereka isu Mat Indera mesti diutamakan untuk menutup kezaliman BN yang gunakan polis menzalimi penunjuk perasaan dalam demo Bersih 2.0.


Ngo yang ada ekor tak ada kepala tumpang sekaki putar belit isu Mat Indera untuk menutup penyelewengan kerajaan dalam menggunakan dana awam untuk syarikat kroni yang membela Umno untuk terus hidup.


Mana ada NGO Melayu yang berani bangkit dan selongkar dua laporan di atas?Kita ditipu dengan isu Mat Indera  oleh Umno yang beria-ia dan seronok sakan kerana orang Melayu diperbodohkan dengan isu Mat Indera sementara mereka Umno senang lenang rembat harta negara dan rakyat.


Mat Indera dah mati tapi kenapa Umno beria -ia sakan up kan isu Mat Indera yang dikatakan pejuang kemerdekaan kerana bunuh talibarut British siang malam pagi petang?Ini tak lain tak bukan macam isu tengkolok yang dipakai Ku Li zaman Ku Li menentang Mahthir dulu.Tengkolok Ku Li difitnah Umno katanya berlambangkan salib.Habis orang Melayu terpedaya dengan mainan tipu daya Umno ini tak sokong Ku Li.Ini zaman Umno tak guna talibarut Yahudi sebagai penasihat mereka .La ni lagi la Umno-Bn pandai mainkan isu perdayakan orang Melayu kerana penasihat mereka ialah Apco Worldwide talibarut Yahudi!

Dalam diam diam juga pengguna kad tambah nilai prabayar telefon dikenakan  cukai perkhidmatan 6% oleh kerajaan taghut Umno-Bn.Padan muka ! Caj ini dikenakan ke atas syarikat telekomuniukasi dan syarikat telefon ini akan kenakan pulak ke atas pengguna.Haa Mat Indera sebut tak lekang dimulut dalam masa yang sama diam-diam kenakan tax ke atas pengguna hp.

1 ulasan:

  1. Mudah ja.. Lepas ni Tukaq Pemerintah dan Pakatan ambilalih Putrajaya habis cerita.... Jadi sekarang masa untuk bekerja,bekerja dan bekerja....

    BalasPadam