Khamis, 22 September 2011

'Timbalan Presiden Pas pi tang mana pun orang salam'

Timbalan Presiden Pas Haji Muammad Sabu atau Mat Sabu kini ada nama glamour beliau yang ketiga iaitu 'Mat Indera'.Timbalan Presiden Pas yang sorang ni suka makan kedai biasa tambah-tambah Restoran Mamak.Tapi sejak mamak-mamak ni yang banyak jadi anggota KIMMA yang jadi penyokong kuat BN, beliau dah kurang dah masuk kedai mamak.

Tadi time makan tengahari Mat Sabu makan di sebuah restoran orang Melayu di seksyen 13 ,Shah Alam.Habis makan sekumpulan anak muda dari meja yang jauh daripada Mat Sabu pakat bangkit, ingatkan nak tumbuk Mat Sabu ka atau nak maki Mat Sabu sebab kata Mat Indera tu pejuang.Tapi tidak mereka pakat bagi salam,"Assalamualikum Bang Mat..moga selamat.Lawan tetap lawan kami sokong Bang Mat."

Begitu juga ketika Mat Sabu mahu berjalan keluar ada dua tiga meja lagi pakat bersalam dan senyum dengan Mat Sabu .Ini menunjukkan reaksi anak muda Melayu , Melayu bandar tak terpengaruh pun dengan agenda jahat media Umno yang mahu gambarkan Mat Sabu dan Pas sokong komunis.Anak muda tak meluat dengan Mat Sabu tapi anak muda meluat dengan Umno yang buruk kelaku kalahkan budak-budak tadika KEMAS.

Betul lah kata blogger Penarik Beca, Hujah jawab dengan hujah bukan hujah kena dakwa di mahkamah.Bukan hujah dijawab dengan buat khianat nak bakar rumah Mat Sabu!Tak ada dalam sejarah negara dunia lain bincang bab sejarah yang berbeza pendapat kena naik mahkamah melainkan Malaysia!Nak mati hujah lawan kena dakwa di mahkamah dan masuk penjara.Hebat peguam negara , hebat polis Malaysia.

Perangai Umno macam budak-budak kalah main goli, kalah main badminton, kalah main bola ..bila kalah nak bergaduh dan bertumbuk.Kena cubit sikit lari balik cakap dekat mak dan ayah.Kata Mat Sabu sambil berseloroh, "Kalau mak janda make up macam manapun tetap dia janda orang tak kata anak dara.Janda tetap janda , anak dara tetap anak dara."

2 ulasan:

  1. org yg buta mata, hati n pekak telinga jek yg xknal@dgr@lihat kebenaran..org muda@tua skrg dah bijak berfikir..UMNO jek suka memusing sehingga terpusing fakta mnyebabkan org melayu tertipu sehingga 54 tahun merdeka..tahniah kpd Ust Mat Sabu krn berani menegakkan kebenaran fakta sejarah yg UMNO dah lama tipu kat org melayu...

    BalasPadam
  2. When someone writes an paragraph he/she retains the thought of a user
    in his/her mind that how a user can understand it.
    Thus that's why this article is perfect. Thanks!
    Feel free to visit my homepage - symptoms of ringworms

    BalasPadam