Khamis, 15 September 2011

Bekas Naib Canselor Unisel Kamaruddin Kacha macam 'samseng Kampung Dusun' nak rebus Mat Sabu

Ingatkan hanya orang yang tak ada ilmu dan pendidikan saja bercakap tanpa pikir dulu.Rupanya golongan yang mengaku tokoh akademik dan berpendidikan tinggi pun bercakap macam ikut lubang keluar taik.Bekas Naib Canselor Unisel Kamaruddin Kacha yang naik angin dan hilang sabar bercakap macam 'samseng kampung Dusun' ketika mengulas isu komunis yang jadi hangat untuk mengelapkan isu lain yang menjatuhkan imej Umno-Bn ketika ini.

Kamaruddin Kacha nak rebus Mat Sabu Timbalan Presiden Pas gara-gara isu Mat Indera yang dah lama mati digantung penjajah British.Ingatkan hanya pemimpin Umno saja buat perangai macam 'samseng kampung Dusun' rupa-rupanya golongan akademik pun cakap serupa macam pemimpin Umno hanya semata-mata nak pertahankan Umno yang sedang lemas dengan isu yang mereka sendiri mainkan.Memang betul-betul 'borek bin rintik'.

Kata Kamaruddin Kacha kepada Mat Sabu ;

Kamaruddin yang juga bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) berkata, Mohamad telah menghina pejuang kemerdekaan yang terkorban semasa menentang British menambah rakyat perlu menentang kenyataan yang dikeluarkan pemimpin nombor dua PAS itu.
“Saya minta semua menentang habis-habisan Mat Sabu, komunis bukan sahaja menyerang tapi mereka seksa, tebuk perut dan mahu kita iktiraf komunis.
“Mat Sabu mari sini saya mahu tempeleng dia, jangan main-main dengan kita... Mat Sabu hingus belum kering, biadap dan kurang ajar, kita rebus dia hidup-hidup dan jangan perlekeh Islam dan Melayu,” katanya.
Jelas beliau, sekiranya berlaku pertumpahan darah ekoran kenyataan kontroversi itu Mohamad dan PAS perlu bertanggungjawab.Baca semua di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan