Dr M:biarkan Mat Sabu bercakap, BN akan untung-M'kini
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata timbalan presiden
PAS Mohamad Sabu sepatutnya dibiarkan supaya terus bercakap berhubung
komunisme kerana ia akan memberi kelebihan kepada BN.
Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Mohamad akan menyebabkan masyarakan
marah dan akhirnya mengalihkan sokongan mereka kepada BN.
Dr
Mahathir berkata, beliau berasa seronok sekiranya timbalan presiden PAS
itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, terus dibiarkan membuat
kenyataan seperti itu.
"Kalau saya jadi PM, saya nak upah orang PAS supaya kata macam Mat Sabu. Apa pasal nak kenakan tindakan kepada dia.
"Biarlah dia pergi mana-mana, orang akan sakit hati bila dengar dia bercakap dan kita akan untung.
"Kerana
marah kepada Mat Sabu, orang akan undi BN. Jadi dia perlu dibiarkan,"
katanya lagi dalam satu majlis bersama wakil rakyat BN di Kuala Selangor
hari ini.-M'kini
Biarkan Umno-Bn terus bawa Tun Madey bersama-sama mereka.Biarkan..biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.Umno-Bn terpaksa bergayut kepada Tun Madey .Apa beza Tun Madey dan Najib?Tiada beza .Umno-Bn ingat rakyat marah kepada Mat Sabu...rakyat marah kepada BN kerana kenakan cukai kad prabayar telefon, harga barang mahal digelapkan dengan isu Mat Indera,harga minyak dunia turun harga minyak petrol Malaysia tak turun-turun.Semua makanan dan minuman dikenakan cukai.
Kenapa wakil rakyat BN terpaksa berkubu di Selangor.Siapa mau 'serang' mereka atau takut dengan bayang-bayang kekalahan dalam pru 13 akan datang?Kalau BN kuat kenapa masih jadikan Tun Madey sebagai Tok Bomoh untuk hadapi PR dalam pru akan datang.Untungkah BN jadikan Tun Madey sebagai Tok Bomoh BN?Atau Tun Madey mau jadi PM semula?
Tuan, komen tuan dlm 2 para akhir tu tak kena. Cara tuan tu geram diri sendiri thdap Tun. Sebaiknya tuan pusingkan saikologi kata2 Tun tu. Jika tuan lepas geram dlm blog sendiri tak kena. Wassalam.
BalasPadam