Kata blogger Aspan Alias dalam blog beliau kepada Utusan Malaysia yang mainkan jarum dalam isu Mat Indera dan komunis sehingga menyebabkan mata-mata yang jadi polis British naik angin , keluarga Tunku Abdul Rahman marah kepada Pas dan Mat Sabu Timbalan Presiden Pas;
Utusan dipandang sebagai akhbar yang memecah-belahkan rakyat
semata-mata. Akhbar ini selalu menimbulkan kontroversi dan polimik yang
akhirnya memakan diri UMNO itu sendiri. Isu Mohamad Sabu yang dimulakan
oleh Utusan telah membawa rakyat kepada isu kebenaran dan kesahihan
sejarah negara yang dibaca oleh anak-anak sekolah kita.
Sekarang
sudah terbentang kepada rakyat yang rata-rata berpolimik dan ramai
rakyat yang sedar bahawa perjuangan kemerdekaan memang telah dipelopori
oleh badan-badan yang wujud lama sebelum kewujudan UMNO dalam
memperjuangkan kemerdekaan. Sekarang UMNO tidak boleh lagi memonopoli
isu perjuangan kemerdekaan ini lagi.
Hasil daripada isu yang
dimulakan oleh Utusan ini juga sudah timbul pula polimik yang negara
kita bukan tanah jajahan Inggeris tetapi hanya merupakan negara
‘protectorate’ Inggeris. Apabila ada isu-isu seperti ini maka pemikiran
rakyat pun berbelah dan jika berlaku perbalahan ini yang menerima
bahayanya ialah UMNO akhirnya.
Kadangkala saya terfikir samada
Utusan ini memberikan markah tambahan kepada UMNO atau pun telah
mengurangkan markah parti sudah sedia kehilangan banyak markah sekarang
ini. Adakah Utusan ini membantu atau menambah parah kepada UMNO yang
didokongnya?
Cara Utusan menyokong UMNO ini ibarat sokong membawa
rebah. Saya ingin membawa sekali lagi cerita yang pernah saya tulis di
dalam blog ini beberapa ketika dahulu. Ceritanya ialah tentang seekor
beruang yang dibela oleh seseorang dan beruang ini amat menyayangi
tuannya tanpa batas. Beruang ini akan menjaga tuannya berlebih-lebihan
dan akan membunuh sesiapa sahaja yang dianggapnya boleh merosakkan
tuannya.
Pada suatu hari seekor nyamuk hinggap di pipi tuannya.
Maka beruang tadi amat berang dengan nyamuk itu kerana hinggap di pipi
tuannya yang amat dikasihinya itu. Tanpa berlengah, beruang itu terus
sahaja menampar nyamuk di pipi tuannya itu sekuat hatinya.
Akhirnya
nyamuk itu tidak tentu matinya, tetapi yang sudah tentu ialah muka
tuannya telah ‘sempong’ kerana sebelah pipi tuannya itu telah hilang.
Maka tinggallah tuannya tanpa pipi di sebelah kiri. Sampai akhir hayat
tuannya itu sebelah mukanya kelompong kerana kasih beruang belaannya
kepada tuannya itu.
Saya nampak Utusan ini adalah seperti beruang
dalam cerita pendek saya tadi. Utusan sesungguhnya telah mencederakan
UMNO begitu serius sekali. Utusan selalu memainkan peranan beruang yang
sayangkan tuannya tadi.Baca semua di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan