Khamis, 29 September 2011

Klip video 'Undilah'; Jangan la cakap bohong, Umno yang tak suka atau rakyat yang tak suka?

Klip Undilah tak disenangi orang ramai, kata Rais-M'insider

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata klip video Undilah tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat. “Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Rais berkata, penarikan semula penyiaran klip video Undilah sebelum ini dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.
“LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak,”katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video Undilah belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.
Sabtu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata klip video itu belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan.

Agensi itu berkata, hasil pemantauan pematuhan secara rutin dibuat menunjukkan pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo belum mendapat kelulusan daripada LPF. SKMM menambah, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.

Bagaimanapun katanya, arahan itu tidak melibatkan kandungan klip berkenaan tetapi hanya berkaitan pematuhan oleh pihak penyiar.

“Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan pengumuman khidmat awam tersebut,” kata SKMM.
Kenyataan SKMM berkata, adalah menjadi amalan biasa untuk pihaknya mengarahkan penarikan kandungan yang belum diberi kelulusan oleh LPF untuk ditayangkan.

Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada menyiarkan bahan itu.
Misalnya, pertubuhan Bersih 2.0 menyifatkan tindakan kerajaan mengharamkan siaran klip video Undilah, yang bertujan menggalakkan orang mengundi ketika pilihan raya, bercanggah dengan pendirian pembaharuan politik yang diwar-warkan oleh pentadbiran Najib.

Justeru kepimpinan Bersih 2.0 menggesa SKMM membenarkan agar klip itu — satu bentuk pemakluman awam — terus disiarkan oleh stesen siaran tempatan kerana ia tidak membawa sebarang ancaman kepada negara.-M'insider

Umno yang tak suka atau rakyat yang tak suka?Antara sedutan dalam klip video Undilah ialah kata-kata Ku Li yang kata "Negara kita memang banyak masalah..tak perlu lah saya sebutkan...undilah...we are the boss".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan