Isnin, 12 September 2011

Orang Melayu jangan naik kapal bocor Umno jika tidak mahu kena tipu

Baca-baca betul-betul kenyataan di bawah.Sebab apa Zahid hamidi mau  Umno jadi payung, jadi tongkat kepada orang Melayu menjelang pru 13 akan datang? Cuba cakap sebab apa orang Melayu kena berpayung di bawah Umno yang hampir karam di lautan akibat kapalnya yang bocor sana-sini.Maukah kita orang Melayu bersama Umno naik kapal bocor Umno?

Kenapa Umno merayu-rayu supaya orang Melayu bersatu di bawah ketiak Umno yang bau hapak dan masam? Ha Ha.

Umno takut kalah jika orang Melayu lari meninggalkan Umno dalam pru 13 akan datang.Umno jadi gabra dan bimbang terketar-ketar macam orang tahan kencing jika orang Melayu tak pangkah BN pru 13 akan datang.Umno takut hilang kuasa, hilang power jadi pembangkang di semua negeri dalam Malaysia jika orang Melayu bangkit menentang Umno, bangkit dan jadi berani buat perubahan dengan menolak Umno dalam pru 13 .

Umno  sedar kini parti MCA , Gerakan juga MIC sudah ditolak orang Cina dan India.Hanya tinggal orang Melayu yang simpati dengan Umno, yang mau Umno terus bolot kekayaan negara saja pertahankan Umno sekarang ini.Melayu yang cerdik sudah tolak Umno! Apa Umno ada lagi jika orang Melayu jadi cerdik dengan tolak Umno?Umno akan jadi bangkrap politik, bangkai bernyawa, hidup segan mati pun tak mau pada ketika itu.MCA kini hanya selamat jika bertanding di kawasan majoriti Melayu yang menyokong Umno.MCA dah tak ada tempat di sekitar KL dan Lembah Klang.Ini betul punya bukan tipu.Jika Melayu , Cina dan India bersatu tolak Umno-Bn maka tamatlah riwayat Umno-BN berkuasa di negara ini.

Orang Melayu kena berani cipta sejarah bukan hanya Cina dan India cipta sejarah untuk tumbangkan Umno-Bn.Orang Melayu kena berada di barisan hadapan tumbangkan Umno-Bn bukannya berada di barisan belakang.Orang Melayu kena berani macam Tok Janggut, Tok Bahaman, Mat Kilau , Mat Indera lawan orang putih yang kini dikatakan prof kangkong tak jajah Malaya.Kalau nak gila pun gilalah sorang-sorang jangan bagi orang lain gila sama,Saekor kata Malaya tak dijajah kini dah ada dua tiga ekor kata Malaya tak dijajah.Politik tikam turut ni kalau belajar kitab agama buat hukum tak boleh pakai.Tak diiktiraf!

Ingat baik-baik dah 53 tahun otak kita kena jajah dengan Umno takkan selamanya kita tak boleh keluar daripada celah ketiak Umno walaupun Umno dah jadi macam kain buruk layaknya.Ingat baik-baik Melayu mana, jantan mana, betina mana songlap dan tibai duit saham bumiputera rm52 bilion kalau bukan puak parti cap keris telanjang.Depa jadi kaya raya kita orang Melayu hanya tinggal gusi dengan lidah saja akibat kena tipu, kena dodoi dengan irama tak berlagu Hidup Melayu!

Berkaitan;
Zahid :Umno perlu satukan perpaduan Melayu hadapi PRU-M'insider
Mahathir :Malaysia tak dijajah , tapi pemerintah British pemerintah sebenar-M'insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan