Selasa, 20 September 2011

'Orang Melayu bodoh berpolitik'

Ketika saya bersembang dengan pesara kerajaan beliau berkata kepada saya,"Terus terang saya cakap tak ada malu-malu orang Melayu bodoh berpolitik."Beliau menjelaskan kepada saya bahawa orang Melayu yang berkuasa dengan sebatang pen yang mereka ada, duduk di kerusi empuk yang menunjukkan mereka ada kuasa, salah guna kuasa yang mereka ada.

Orang Melayu kata beliau tak macam orang Cina .Mereka ada ramai kuasa membeli tak macam orang kita.Sebagai contoh kondo harga 400 ribu, rumah nilai berjuta  kuasa membelinya bukan orang Melayu tapi bangsa lain.Orang Melayu terlalu sibuk dengan politik dan gila kuasa untuk kroni dan keluarga bukan untuk majukan bangsa sendiri.Mereka kata mau jaga bangsa sendiri tu cuma belum ada kuasa tapi bila dah ada kuasa dia rembat untuk perut sendiri bukan untuk bangsa sendiri.

Kata pesara kerajaan tu lagi tak malukah melihat syarikat GLC yang ada kaitan dengan kerajaan yang jadi CEO nya orang Melayu tapi lingkup dikerjakannya.Sebagai contoh MAS kena telan dengan Airasia.Dulu BankBumiputera lingkup siapa yang punya kerja Melayu ka Cina?

Orang Melayu kalau beli rumah bernilai berjuta ringgit kena siasat dengan SPRM , kena tuduh seleweng duit zakat, malah sanggup bersumpah dari mana datangnya wang yang mereka miliki sebab miliki kekayaan luarbiasa daripada kemampuan.Orang Melayu nak kaya kena makan rasuah, kena rembat dan tibai duit saham untuk Melayu lepas tu berlagak jadi orang kaya.Banggakah kita dengan Melayu yang semacam ini?Orang Melayu juga sanggup lompat parti dan sapu duit berpuluh juta untuk kaya dunia tapi miskin akhirat.Maruah dah tak jadi hal kepada orang Melayu janji hidup senang lenang.

Melayu nak kekal kuasa kena main fitnah dan longgok isu seks untuk jatuhkan musuh politik yang juga Melayu.Isu seks dah jadi makanan orang Melayu untuk kekal kuasa.Melayu ingat Melayu mudah dilonggok apa saja isu , jadi pak turut demi sesuap nasi.

Tambah sikit lagi , kata pesara kerajaan tu kepada saya, "Kenapa orang Melayu tak bersatu untuk majukan ekonomi orang Melayu tanpa kira apa parti?". Saya kata ,"macam mana nak bersatu kalau disatu pihak Melayu bersatu rembat saham bumiputera RM52 Bilion sementara satu pihak lagi melopong biji mata tak dapat rasa apa pun."

1 ulasan:

  1. Dear tuan, saya mengaitkan laman web anda.Saya berharap anda tidak keberatan untuk menghubungkan saya kembali.
    ini laman blog saya http://allanpakdoe.blogspot.com

    BalasPadam