Sabtu, 17 September 2011

Tahanan ISA belum belum boleh 'raya' walaupun ISA dah dimansuhkan

Semalam keluar dalam TV Umno, Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib , Hishamuddin Hussein yang seronok sakan sambut Hari Malaysia macam nak keriau sebab tengok ramai orang katanya sambut Hari Malaysia.Kata Hishamuddin Hussein walaupun ISA dah dimansuhkan oleh PM Najib semua tahanan ISA di Kamunting belum boleh dibebaskan segera kerana tunggu akta baru digubal untuk gantikan ISA.Ha Ha Ha.Ini cakap boleh pakai ka.Buat apa nak tunggu akta baru ganti ISA digubal baru tahanan ISA nak dilepaskan?Cakap Najib lain cakap Hisahmuddin lain.Mungkin sepupu Najib tunggu Bik Mama bagi arahan baru semua tahanan ISA dilepaskan.

Akta baru kesalahan baru.Semua tahanan tu ada kaitan dengan kes ISA bukan dengan akta baru.Jaga-jaga cakap pemimpin Umno-Bn yang suka flip-flop.Rakyat pun jadi percaya dengan tak percaya sama banyak dengan puak Umno-Bn ni.Kalau jantan sangat lepas la semua tahanan ISA tu.Akta ISA dah hapus tunggu apa lagi?Anak bulan dah nampak tapi tak boleh raya kerana menteri cakap flip-flop.

Najib , bebaskan tahanan ISA sekarang jika ikhlas-M'insider

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa membebaskan kesemua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekarang sebagai langkah keikhlasan pertama ekoran pengumuman beliau untuk menghapuskan undang-undang tersebut. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  berkata, amat dikesali apabila kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sekali lagi mengikut langkah melawan arus seperti dalam hal menangani perhimpunan Bersih 2.0 dengan mengumumkan bahawa tahanan ISA akan kekal sehingga dua akta baru menggantikan ISA siap.
“Dua akta itu pula hanya akan dibentangkan tahun depan mengikut kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz dan semua ini menambah perit kepada ahli keluarga tahanan ISA yang menaruh harapan tinggi sejak pengumuman Najib (kelmarin),” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Tuan Ibrahim menambah, seharusnya Menteri Dalam Negeri bertindak lebih bijak dalam hal ini dengan membebaskan semua tahanan ISA secepat mungkin sebagai langkah ikhlas dan demi membantu Najib mendapatkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa pengumuman melakukan reformasi untuk kebaikan negara bukanlah hangat-hangat tahi ayam seperti apa yang melanda siri reformasi ekonomi yang diwar-warkan.
Malah katanya, jika tidak dapat dibebaskan dengan serta-merta pun, PAS menggesa agar tahanan tanpa bicara ini dapat dihadapkan di mahkamah serta-merta supaya mereka dapat membela diri sekiranya kerajaan mendakwa mempunyai bukti kukuh mereka adalah golongan pengganas.
Pesuruhjaya PAS Pahang ini yakin terdapat puluhan lagi yang ditahan dalam kem Kamunting sekarang dengan pelbagai tuduhan yang mungkin hanya berpunca daripada sangka buruk, dendam dan politik seperti yang berlaku ke atas enam ahli PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini.
“Najib mesti memilih antara dua pilihan ini - sama ada mereka mesti dibebaskan atau dibicarakan,” kata beliau lagi.
Di samping itu, katanya, PAS juga menuntut kerajaan memohon maaf kepada tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara, ekoran Perdana Menteri mengakui terdapat kepincangan dalam akta ‘draconian’ tersebut sekiranya beliau betul-betul ikhlas dalam reformasi ini.
“Janganlah pula cepat menolak tanggungjawab untuk memohon maaf kepada bapa-bapa negara yang lalu kerana mereka yang menggubal akta yang zalim ini,” kata Tuan Ibrahim sambil menambah, “sebaliknya Najib patut mewakili bapa-bapa negara yang lalu untuk memohon maaf kepada semua tahanan ISA kerana mereka adalah daripada rumpun yang sama iaitu Barisan Nasional.”
“Sebagai tanda keikhlasan juga, kerajaan tidak boleh berlepas tangan begitu sahaja kerana mangsa kekejaman ISA terus tertekan sama ada dari sudut mental, fizikal maupun spiritual. Nama mereka mesti dibersihkan akibat akta zalim ini,” kata beliau.
Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.
Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.
Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

1 ulasan:

  1. cucu cicit panglima hitam17 September 2011 pada 9:02 PG

    memang aku takkan percaya langsung org2 munafik dlm umno bn ni,mereka serupa mcm yahudi malaon todi....mereka ni zalim mcm firaun buat kat bani israel dan mcm bani israel buat kat islam di timur tengah dan mcm kafir kristian amerika dan kuncu2nya buat kat umat islam sedunia...jgn sama sekali percaya kat puak2 munafikun niiii.....mereka tak pernah akan ada keikhlasan dan sifat belas kasihan....mereka2 ni di besarkan oleh mak bapak dia mentakedarah makanan haram,sbb tu perangai dia org ni tak ubah seperti anak haramjadah....haramzadehhhhh

    BalasPadam