Rabu, 30 September 2009
PRK Bagan Pinang: Calon Bersih Lawan Calon Politik Wang
Calon Pas bagi prk Bagan Pinang seperti yang dijangkakan ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45 tahun masih muda dan tidak rasuah, berkelulusan Master In Science daripada Universiti Putra Malaysia.
Sudah tentu peribadi Zulkefly lebih baik daripada Isa Samad yang bangkrap politik, perasuah dan pengamal politik wang yang bebas daripada undang-undang Malaysia hanya bersalah dalam kerangka Umno saja.
Prk Bagan Pinang amat berbeza dengan lain-lain PRK yang dah berlalu kerana undi pos 4604 undi tidak ada sejumlah yang banyak itu dalam lain-lain prk. Peluang untuk Pas menang tetap ada dengan izin Allah. Ini kena yakin, yang penting bekerja keras dan berserah pada Allah .
Pengundi yang bijak tidak akan pilih calon BN yang dipandang tidak bersih, hatta oleh orang Umno sendiri. Mahukah anda bersubahat untuk menangkan calon macam Isa Samad yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, kerana amalkan politik wang atau merasuah perwakilan untuk menang jawatan Naib Presiden Umno dulu.
Pengundi yang bijak tidak memandang pada kedudukkan Isa Samad yang hidup senang lenang tapi amalkan gaya hidup sebagai perasuah untuk menang jawatan dalam politik. Kalau diluar negeri orang macam Isa Samad dah ditolak awal-awal lagi , mungkin dibaling telur ayam kemuruk.
Umno sedang menyabung nyawa untuk menang tanpa mengira Isa Samad yang perasuah ,janji ada pengaruh dan boleh menang, ini yang Umno fikirkan. Soal maruah Umno tolak tepi dan sepak masuk longkang, yang penting Isa dan Umno menang. Walaupun dengan perkiraan undi pos, Umno dah boleh menang , tapi Umno sanggup pertaruhkan pengamal politik wang dan perasuah untuk calon Umno di Bagan Pinang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan