Berkata seorang Ustaz daripada Nibong Tebal , Pulau Pinang dalam tazkirah ramadhan, bulan puasa ni bulan ibadah atau bulan juadah? Perkara pelik tapi benar. Manusia datang ke masjid kerana apa sebenarnya? Awal ramadhan Ya Allah, ramainya manusia berduyun-duyun ke masjid untuk solat sunat Tarawih, tapi akhir ramadhan Ya Allah semakin susut bilangan jamaah yang hadir ke Masjid.
Jangan jadikan Masjid macam 'taman rekreasi' yang orang tidak hadir setiap hari. Jadikan Masjid macam rumah kita, pergi manapun kita ingat masjid, ingat mau solat berjamah di masjid bukan sekadar bulan ramadhan kita masuk masjid tapi lain2 bulan penuhkankan lah masjid untuk solat berjamaah disamping mendengar majlis ilmu.
Kenapa Allah letakkan Lailatuqadar itu di sepuluh terakhir ramadhan dan tidak disepuluh pertama ramdhan dimana manusia ramai ke masjid? sekarang ni pun walaupun di sepuluh pertama ramdhan bilangannya yang hadir ke masjid dah nampak berkurang , kenapa jadi demikian? Kalau kerana Allah sudah tentu masjid akan dipenuhi daripada awal ramadhan hingga akhir ramadhan dan di lain-lain bulan.
Wallh hu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan