PM Najib sewaktu berucap dalam majlis berbuka puasa bersama Umno Selangor berkata konsep Satu Malaysia idea ciptaan beliau sama dengan Piagam atau Perlembagaan Madinah zaman Rasulullah SAW. Wah hebat betul PM Najib sampai menyamakan apa yang beliau buat sama dengan Piagam Madinah zaman Nabi Muhammad SAW.
Apakah tahan orang tanpa bicara (ISA) itu ada dalam Piagam Madinah?Apakah keadilan yang diuar-uarkan dalam konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan itu yang mencekik ekonomi rakyat bawahan, menyempitkan ruang demokrasi, tidak benarkan perhimpunan secara aman, menangkap rakyat yang suarakan ketidak adilan dalam sistem perundangan negara, bertindak kasar terhadap peserta perhimpunan aman boleh disamakan dengan Piagam Madinah?
Orang-orang Umno mungkin percaya cakap PM Najib itu tapi orang lain akan fikir banyak kali untuk mempercayainya bulat2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan