Ahad, 6 September 2009

Siapa yang bagi lesen untuk bunuh dan rogol kepada samseng Umno Seksyen 23?

Samseng Umno seksyen 23 , Shah Alam mungkin sedang berseronok sesama mereka sekarang sambil melahirkan rasa puas kerana berjaya menunjukkan 'kejantanan' kepada pemimpin kerajaan negeri Selangor semalam.

Malah pemimpin tertinggi Umno Najib dan Muhyidin Yasin langsung tidak menunjukkan rasa kesal atas kejadian yang memalukan dilakukan oleh anak buah mereka diperingkat bawahan. Najib seolah-olah merestui apa yang mereka lakukan.

Siapa yang bagi lesen untuk ugut bunuh dan rogol orang kepada samseng Umno dalam sesi perjumpaan antara penduduk seksyen 23 dan pihak kerajaan negeri Selangor? Kenapa mereka begitu berani? Kenapa pihak polis mendiamkan diri atas ugutan bunuh kepada Khalid Samad (MP Shah Alam )? Kenapa pihak polis diamkan diri apabila samseng Umno ugut nak rogol Rodziah Ismail ?(adun Batu Tiga). Kenapa mereka begitu berani berkata begini:

"Rodziah pelacur"
"Rodziah saya akan rogol kamu."
"Bodoh punya MB."
" Haji Khalid Samad kau duduk, kau belum kenal aku siapa. Selepas ini kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak kau mati! Ini kawasan majoriti Melayu."

Tv3 dengan bangga menunjukkan 'keberanian dan kejantanan' orang umno untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia dan menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor atas insiden tersebut tanpa menyentuh sikit pun sikap buruk perangai orang Umno dalam insiden itu.

2 ulasan:

  1. salam

    Manusia yang tak sedar diri , bahawa malaikat dok kiri dan kanan nya, moga dapat blasan setimpal atas usahanya mamat tu, InsyaAllah

    BalasPadam
  2. apa digunggu lagi pergilah tangkap...!!

    BalasPadam