Rabu, 2 September 2009

Dulu Bawah Pokok Sekarang Dalam Hotel



Setelah adun2 Pakatan Rakyat gagal untuk masuk bersidang dalam Dun Perak di Bangunan SUK Perak mereka telah mengadakan sidang dun dalam dewan Hotel Heritage, Ipoh. Gambar di atas daripada malaysiakini.

Dulu pada 3 mac 2009 adun2 Pakatan Rakyat telah bersidang di bawah pokok berhadapan Bangunan SUK, tapi pokok itu pun dikawal ketat polis kali ini. Dalam sidang dun di hotel tersebut Speaker V. Sivakumar telah buat keputusan jatuhkan hukum penjara 6 bulan dan denda kepada Speaker yang tidak sah R. Ganesan. Beliau turut menghukum Timbalan Speaker yang cabut lari daripada Pakatan dan istihar bebas tapi sokong BN iaitu Hee Yit Foong.

Krisis di Perak ini tak kan selesai sampai bila2 selagi dun Perak tidak dibubarkan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Daripada apa yang dilihat adun2 Pakatan telah buat persediaan untuk bersidang di Hotel Heritage itu kerana mereka sendiri telah menjangka tindakan polis dan FRU yang akan menyekat mereka untuk masuk Bangunan SUK Perak untuk bersidang.

Apakah sidang DUN di hotel tersebut sah atau sebaliknya? Apakah sidang DUN jika dibuat oleh adun2 BN di Bangunan SUK sah?Kenapa pihak polis tidak biarkan saja mereka masuk bersidang dalam Bangunan SUK, selepas ini polis boleh bagi pula kepada adun -adun BN pula untuk bersidang. Biarkan mereka silih berganti bersidang hingga dun perak bubar atau sampai pru-13 akan datang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan