Jumaat, 25 September 2009

Langkawi

kawasan burung helang
laluan menuju ke tempat tempat penternakan ikan dalam sangkar
susur masuk gua buaya
gua kelawar


pulau kasut


bukit batu kapur yang menyerupai 'gorila'
permainan 'caklempong' di kota Mahsuri

Rumah Mahsuri
Telaga Mahsuri
Rumah Panglima Hitam


Sempena cuti RayaAidilfitri ni aku pun pi la berjalan2 kat langkawi Pulau lagenda, pulau yang cantik anugerah Allah untuk lihat pemandangan sambil tengok perangai dan kerenah manusia di sana. Aku pi ke Tanjung Rhu naik bot laju selama dua jam dengan kos bayaran rm 170 pusing-pusing ke Kilim Geoforest Park tengok burung helang yang meragut makanan yang diberikan pelancong. Ramai pelancong daripada Timur Tengah. Mungkin sekarang ni negara depa sedang bercuti.

Seterusnya aku dibawa melawat gua kelawar lebih kurang 20 minit masuk kedalam gua yang gelap gelemat itu tengok struktur batu kapur dan kehidupan kelawar yang jadi penghuni setia gua tersebut.

Banyak lagi tempat aku pi ke Langkawai ni termasuklah ke Pantai Cenang yang jadi tumpuan pelancong asing, juga ke Kota Mahsuri yang menempatkan kubur Mahsuri, Telaga Mahsuri, Rumah Mahsuri dan rumah kaum kerabat Mahsuri.

Masih ada kerja khurafat orang Melayu yang cedok air telaga Mahsuri sapu muka sapu badan sambil berkata-"Moga hilang la gatai-gatai badan no." Yang sapu muka anak -anak mereka pun kata lagu tu juga. Yang letak pisang dan bunga cempaka kat kubur Mahsuri pun ada, mungkin orang bukan Islam. Kalau yang Melayu Islam buat kerja tu tak ka Syirik namanya!

Kedai Bebas cukai tak payah cakapla arak berlambak-lambak, disusun rapi yang tukang jual anak-anak muda Melayu yang bertudung dan tak bertudung. Mungkin mereka dah jadi biasa jual arak jadi dah tak rasa apa-apa dah samaada rasa berdosa atu tidak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan