Laporan oleh Transparency Internasional mengenai makan suap atau rasuah di dunia meletakkan Malaysia di nombor 47 bagi tahun 2008. Tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2007 , Malaysia berada pada nombor 43 dunia bagi kategori makan rasuah. Bertambah 4 anak tangga kebawah.
Sementara negara haram Israel berada pada nombor 33, Bostwana nombor 36 dan Bhutan nombor 45. Bagi negara yang kurang amalan rasuah dan berada di tangga teratas ialah Denmark , diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura yang jadi jiran Malaysia.
Laporan oleh TI itu juga menyebut Malaysia kerugian RM 10 bilion setahun akibat gejala rasuah. Wang RM 10 bilion itu boleh buat projek perumahan untuk rakyat bagi rumah kos rendah sebanyak 150,000 buah unit bagi kiraan pada harga RM60,000 seunit-harakahdaily
Di Malaysia gejala rasuah sudah jadi darah daging dikalangan pengamalnya dan dikenali dengan macam-macam nama untuk halalkan rasuah. Ada yang panggil 'duit teh' dan 'duit kopi'. Panggilan ni popular bagi kalangan rakyat bawahan yang bagi rasuah kepada anggota Polis, JPJ, Imigresen dan lain-lain pegawai kerajaan untuk lepaskan diri atau untuk dapatkan apa-apa yang mereka hajati tercapai.
Tu yang di peringkat bawahan , tapi pada peringkat atasan libatkan Menteri, Perdana Menteri, pemimpin politik dikira sebagai komisyen pula untuk halalkan rasuah. Beli kapal selam 'Scorpene' pun dapat komisyen. Pemimpin politik MCA terima duit Rm 10 juta daripada CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd tak dikira rasuah. SPRM siasat pun hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Pemimpin Umno main politik wang dalam pemilihan Umno hanya bersalah dalam Lembaga Disipilin Umno, mereka tak boleh didakwa oleh SPRM dan Mahkamah terbuka.
Rasuah tak kenal Umno, Pas , Parti Keadilan atau Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Main dengan duit ni semua orang kelabu mata, semua orang jadi binau, dah tak ingat haram -halal dah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan