Sabtu, 5 September 2009

Wah! Senangnya Nak Bunuh Orang !


Adakah anda mahu mengaku sebagai orang Melayu yang menyokong Umno jika ditanya oleh orang bukan Melayu dengan insiden yang memalukan dalam sesi dialog isu kuil di Shah alam hari ini?

Segelintir orang Umno dalam sesi dialog itu memaki hamun dan tuduh pemimpin yang tidak menyokong Umno sebagai pengkhianat agama dan merekalah pembela agama , bangsa dan tanah air. Mereka tidak mahu kuil dan dalam masa yang sama jadi kaki yang bangsat terhadap agama Islam sendiri. Mereka berpuasa , tu pun kalau berpuasa tapi syaitan yang dirantai dalam bulan Ramadhan ini berada dikeliling pinggang mereka, turut bergembira dengan apa yang mereka jerit dan tuduh orang lain sebagai pengkhianat agama.

Ketua penaja umno seksyen 23 , Adzmir Mohd Zain itu dalam sesi dailog ugut mau bunuh orang (Khalid Samad) jika jijak kaki ke seksyen 23, wah hebat betul si pengugut ini (harakahdaily), macam Samseng Kampung Dusun saja lagaknya. Mungkin beliau ingat bunuh orang macam sesenang potong kepala lembu saja letak dan pijak depan pintu pagar SUK Selangor! Bulan puasa pun boleh ugut mau bunuh orang ka?

Berani Ketua Penaja umno tu ugut sesiapa yang murtadkan anak Melayu aku bunuh! Berani, berani ka kata macam tu? Berani kata jika orang bukan Melayu buntingkan anak Melayu aku bunuh! Berani, berani kata macam tu? Berani kata jika ada orang Melayu ngaku jadi Nabi akhir zaman aku bunuh! Berani , berani kata macam tu?

1 ulasan:

  1. dah terang lagi bersuluh...apa ditunggu lagi wahai hishammudin dan kpn...pergilah tangkap.

    BalasPadam