Seperti yang dijangkakan tarikh penamaan calon dan hari mengundi telah jatuh pada hari cuti hujung minggu bagi prk Bagan Pinang. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz telah umumkan hari mengundi pada 11 oktober (Ahad) dan hari penamaan calon pada 3 oktober (sabtu).
Undi Pos bagi prk Bagan Pinang berjumlah 4604 dan pengundi biasa ialah 9060 orang. Jumlah semua 13664 pengundi semuanya-klik di sini
Masa tahun 2008 dulu calon Pas dapat 4097 undi dan calon BN dapat 6430 undi. BN menang dengan majoriti 2333 undi. BN menang tu atas undi pos yang boleh dikatakan seratus peratus pangkah BN. Lain la kalau undi pos di sekitar 40-50 orang saja, nasib BN belum tentu selamat di Bagan Pinang.
Bagan Pinang memang jadi kubu Umno sebab ada undi pos, tapi kalau undi pos dihapuskan nasib Umno-Bn akan jadi macam prk Manek Urai dan Prk Permatang Pasir. Jika semua tentera dan polis bersama rakyat beratur untuk mengundi baru tau nasib Umno jadi lagu mana. Sekarang Umno berasa' seronok' kerana mungkin boleh rasa menang selepas kena 7-0 dalam 7 prk yang diadakan.
Umno berada diposisi turun bukit tak payah kayuh gerek (basikal) di Bagan Pinang sebab sebelum kira lagi peti undi Umno dah dapat menang dengan undi pos 4604 undi. SPR pula kalau tempat tu kubu Umno bagi mengundi hari cuti. Penamaan calon pun hari cuti nampak sangat telinga SPR kena tarik dengan Umno!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan