Ahad, 20 September 2009

Khutbah Raya Oleh Tok Guru Presiden Di Rusila



Salam Aidil Fitri buat semua yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ini. Aku tahun ni beraya kat Trengganu sebelum pulang beraya kat Kedah. Aku ambil kesempatan untuk solat Hari Raya Aidil Fitri di Masjid Rusila, Marang, Trengganu. Solat sunat Aidil Fitri dan khutbah disampaikan oleh Tok Guru, Presiden Pas, Haji Hadi Awang. Berikut apa yang aku dengar semasa khutbah disampaikan Tok Guru Presiden:

Kata TGHA, sebaik-baik bekalan ialah menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah. Ramadhan yang dah berlalu mengajar kita untuk jadi insan yang bertaqwa.Moga kita semua akan bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang. Hari raya merupakan anugerah Allah, kurniaan Allah kepada orang yang berpuasa.

Dalam kita begembira dan berseronok menyambut hari raya ini jangan kita lupa kepada Hari Akhirat, hari dibangkitkan manusia di hadapan Allah.Puasa telah melatih kita menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Manusia yang buat maksiat tak layak dapat pertolongan Allah. Orang2 yang beriman buat maksiat kepada Allah tak akan ditolong oleh Allah.

Umat Islam diberi kemenangan oleh Allah dalam perang Ahzab. Tegakkan jihad dan tegakkan Al-Quran sebagai panduan dalam segala panduan kehidupan. Umat Islam kena bersabar dalam menghadapi segala ujian dan rintangan. Umat Islam kena berjuang dan berjihad untuk menegakkan hukum Allah, Syariat Allah di atas muka bumi ini.Allah pasti akan menolong kita.

Ciri2 kemenangan itu yang dapat pertolongan Allah ialah dengan mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa dan mengeluarkan zakat. Harta zakat itu merupakan harta yang menjadi senjata untuk keperluan umat Islam yang memerlukan. Jangan tamak dan haloba dalam mengumpul harta seperti Qarun. Manusia Qarun itu wujud sepanjang zaman, hidup di kalangan kita semua.

Seterusnya hendaklah kita menyeru kepada kebaikkan, kepada yang maa'ruf, mengajak manusia kepada kebaikkan. Mengajak orang bukan Islam memeluk Islam, berdakwah kepada mereka tentang kebaikkan Islam tapi jangan memaksa mereka. Umat Islam juga hendaklah mencegah kemungkaran daripada berleluasa. Cegah maksiat yang semakin merebak dikalangan umat Islam. Semua2 kerja ini jika dilakukan akan dapat pertolongan Allah.

Jangan kita lupa kepada saudara2 islam kita yang hadapi kesusahan, disiksa, dibunuh dan ditembak di lain2 negara seperti Palestine, Chechnya, Selatan Thailand, Afghanistan dan selatan Filipina dalam keseronokkan menyambut hari raya.

Wallah hu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan