Selasa, 22 September 2009

Sisters In Islam Musuh Islam Antarabangsa

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Harun Taib mempertikaikan tindakan Sisters In Islam yang memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah , Kuantan untuk tangguhkan hukuman sebat 6 rotan ke atas Kartika Sari Dewi atas kesalahan minum arak.

SIS menjadi musuh kepada semua kerja buat yang berkaitan dengan undang-undang Islam tapi tidak jadi musuh kepada undang-undang yang tidak ada kaitan dengan Islam. Atas nama hak asasi manusia, hak asasi antarabangsa mereka bergerak sebagai sebuah pertubuhan atas nama Islam untuk kelirukan masyarakat Islam. Ketua Wanita Umno , Shahrizat memang sealiran dengan SIS, sebab itu Shahrizat kata hukum sebat 6 rotan keatas Kartika sebagai melampau.

Mana lagi penting antara hak asasi manusia dan hak asasi antarabangsa yang diperjuangkan oleh pertubuhan yang munafik itu dengan hak-hak Allah ke atas manusia yang dijadikannya? Bacaan lanjut di sini, sila klik

1 ulasan:

  1. Mereka terlupa atau buat-buat lupa :
    * siapa yang mencipta mereka
    * Dosa & Pahala
    * Hari kematian mereka
    * Mereka pasti dibangkitkan
    * Siapa mereka
    * Bumi yang mereka duduki cuma tak sampai sebesar biji sawi jika dibandingkan dengan planet yang lain yang Tuhan
    ciptakan , oleh itu besar manalah US, Russia, Malaysia. Mereka ni besar mana pulak?, guna kanta pun tak nampak.

    - Sebenarnya mereka ni memang tahu sangat dia orang terlampau kecik & tak ada kuasa sebab tulah mereka nak tunjuk kuasa & Samseng dengan membantah & melawan Hukum - hukum dari Tuhan.

    MANA HEBAT LAWAN POLIS KE LAWAN TUHAN?

    BalasPadam