Jumaat, 25 September 2009

Tok Imam dan Tok Bilal Masjid Changloon Patut Sedar Diri

Aku dah lama dah tak solat Jumaat kat Masjid Changloon, Kedah sejak keluar berhijrah ke Shah Alam sejak tahun 1992 dulu. Kalau aku balik pun aku pi solat Jumaat kat tempat lebih jauh sikit , tak tergerak nak pi Masjid Changloon tu.

Entah macam mana hari ini aku pun tergerak hati pi solat Jumaat kat Masjid tu. Apa yang aku perhatikan langsung tak ada perubahan baik imamnya atau Tok Bilalnya, masih orang yang sama. Dulu masa bujang aku rajin juga solat jamaah kat situ malam2, tapi sejak ada surau yang lebih dekat dengan rumah aku, ramai pula para Imam tahfiz yang bersilih ganti jadi imam kat kampung aku apa guna pula nak pi masjid yang tak ada perubahan tu.

Apa yang aku rasa tak berapa puas hati ialah mutu bacaan Imam masjid Changloon tu yang aku rasa tak begitu fasih lagi menyebut ayat-ayat Quran hingga anak aku yang berumur 8 tahun pun kata Imam tu teruk daripada segi menyebut ayat2 Quran. Perkataan 'Allah hu akbar disebutnya Allah hu akbat, huruf Siin jadi Shiin. Cara pennyampaian Khutbahnya pula masih bawa cara lama, tak malu ka dengan 'Pak -pak Arab' yang jadi makmum kat Masjid tu. Bahasa 'tua' yang digunakan oleh Tok khatib tu patutnya dihentikan. Kenapa Imam tu tak bagi peluang orang muda jadi Imam dan sampaikan khutbah? Jangan terlalu ketegaq atau tak mau bagi peluang orang muda yang berkelayakkan untuk pimpin ahli kariah tunai solat berjamaah.

Begitu juga dengan Tok Bilalnya yang dah tua, nak azan pun dah tak keluar suara tapi tak mau letak jawatan mungkin sayangkan elaun yang dapat setiap bulan takut terlepas kepada orang lain. Hadis yang dibaca peringatkan para makmum supaya diam bila Tok Khatib baca khutbah pun 'tak ketawan kepala ekor' bunyinya tu pun masih tak sedar diri untuk berundur. Langsung tak ada perubahan dulu sampai sekarang, patut ada ahli kariah 'berhijrah' ke masjid lain untuk tunai solat Jumaat.

Tok Imam dan tok Bilal yang dah berterabur sebut ayat2 Quran patut berundur atau sedar diri tentang kemampuan mereka untuk jadi orang yang dihormati di Masjid

2 ulasan:

  1. Eloknya perangai orang changlon,yang salah dihebahkan kepada orang lain.kalau kita baca betul tegur terus kepada imam dan ajk masjid,bukan buka pekung didada ,pasti penulis ni orang tak pernah pi kuliah agama dimasjid ini.orang umno ni.

    BalasPadam