Sabtu, 26 September 2009

"Nik Aziz Letak Jawatan, Saya Letak Jawatan"-Brahim Ali

Murshidul Am Pas , Tok Guru Nik Aziz minta Brahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas supaya letak jawatan sebagai ahli Parlimen Pasir Mas dan bertanding semula atas tiket bebas kerana sikap Brahim Ali yang lebih cenderong kepada Umn0-BN.

"Brahim Ali menang di Pasir Mas kerana undi orang Pas."-kata TGNA

"Saya boleh letak jawatan, tapi kalau saya letak jawatan sekarang, saya tak boleh bertanding selama 5 tahun kerana undang2 SPR berkata demikian. Saya menang bukan kerana undi Pas saja, saya pun ada penyokong dan pengikut saya sendiri."-kata Brahim Ali

"Nik Aziz letak jawatan, saya letak jawatan , kita sama -sama bertanding semula."-Brahim Ali

Brahim Ali yang kembali sokong Tun Mahathir juga mahu Tun Mahathir jadi Penasihat Kerajaan Malaysia. Berapa ramai sangat la penyokong Brahim Ali , yang undi Brahim Ali masa pru-12 dulu. Tak sampai 400 orang pun yang jadi penyokong setia Brahim tu. Kalau Brahim tu bertanding atas tiket bebas bukan atas lambang Pas belum tentu orang Pasir Mas akan sokong dan menangkan Si Brahim tu

Brahim Ali yang juga Presiden Perkasa memang tak sehaluan dengan Pas, tapi tah macam mana pemimpin Pas boleh 'terkena ' dengan si Brahim tu yang memang jadi juara 'melompat' dalam politik.

1 ulasan:

  1. Kalo katak lompat tak pernah lompat ke belakang kerana dia tak akan tahu macamana nak lompat ke belakang. Dengan lain kata orang sebgini tak pernah muhasabah diri. Dia akan sentiasa anggap bahawa dia lebih dari orang. Nak mudah lagi orang jenis ini adalah termasuk jenis takbur. Ingatlah apa kata Allah mengenai takbur ini. Masyallah dia cuba nak duduk setaraf dengan tok guru. Tiliklah lah molek2 wahai pok katak.

    BalasPadam