Berkata seorang Ustaz dalam tazkirah pagi jumaat-"Siapa kata lembu bodoh? Kalau bodoh kenapa lembu masuk Syurga, sedangkan manusia belum tentu masuk Syurga, sedangkan neraka sudah pasti terbentang luas untuk manusia yang munafik dan engkar perintah Allah.
Dalam demo kepala lembu depan SUK, Selangor, puak-puak yang terlibat demo tu kata tujuan bawa kepala lembu tu nak gambarkan tentang pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat yang bodoh dan dicucuk hidung oleh mereka yang bukan Melayu.
Ada pula yang berkata puak2 yang buat demo kepala lembu tu didakwa kerana Umno sedar akan kesilapan yang telah dibuat oleh anak-anak buah mereka itu dan boleh jejaskan kempen PRK di Bagan Pinang.
Begitu juga dengan isu berebut tarian 'Pendet' antara Indonesia dan Malaysia sampai nak sula2 tu dibesar-besarkan nak 'cover line' isu -isu politik tempatan yang banyak tidak memihak kepada Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan