Ketika umat Islam sibuk nak balik kampung beraya, lebih kurang 10 orang dicekup oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor kerana tak berpuasa di pusat Snooker di Sekyen 16 , Shah Alam. Tangkapan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengahari tadi ketika mereka yang tidak berpuasa asyik bermain snooker sambil menghisap rokok, minum dan makan.
Mereka yang ditahan telah dibawa naik van Jais beserta sisa bahan makanan sebagai bahan bukti. Pada serbuan yang kedua selang setengah jam kemudian pada lokasi yang sama 2 orang lagi dicekup juga kerana tidak berpuasa.Pusat snooker tersebut beroperasi di Apartment Suria Avenue , tingkat satu . Bangunan bawah adalah restoran 'mamak'.
Aku cerita ni bukan apa pasai aku nampak depan mata aku mereka yang tak berpuasa diarah oleh pihak JAIS naik kenderaan JAIS untuk dibawa untuk diambil keterangan untuk didakwa di mahkamah. Mungkin mereka yang tak posa tu dah jadikan pusat snooker tu sebagai 'markaz' untuk lepaskan lapar dan dahaga di siang hari bulan yang mulia ini. Aku tengok ada yang umur belasan tahun dan orang dewasa yang kena cekup oleh penguatkuasa JAIS tu.
Ketika umat Islam yang sedang bersedih kerana Ramadhan akan meninggalkan kita semua masih ada manusia yang tidak tahu menghormati bulan Ramadhan, maruah mereka sebagai orang Islam, langsung tak reti nak bezakan bulan ni bulan puasa. Mereka anggap bulan Ramadhan sama saja macam bulan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan