Selasa, 29 September 2009

"Mereka katakan Isa! Isa! Isa! tiga kali"- Muhyidin






Mahu tidak mahu , rasuah atau tak rasuah, politik wang atau tidak Isa Samad juga yang jadi calon Umno di PRK Bagan Pinang. Janji Umno mahu menang. Umno dah tak mampu lagi tanggung kekalahan kepada Pakatan Rakyat dalam 8 prk yang diadakan di mana Umno-BN kalah 8-1 kepada Pakatan Rakyat.


Bagi Umno, Isa Samad bekas MB Negeri Sembilan dan juga bekas Naib Presiden yang dilucutkan jawatan oleh Lembaga Disipilin Umno itu dan digantung keahlian selama 6 tahun adalah seorang tokoh yang paling layak untuk jadi calon di Bagan Pinang. Hanya perasuah politik wang saja layak untuk menang di Bagan Pinang. Kalau tak amalkan rasuah Umno tak boleh menang!


Kata Timbalan Presiden Umno, Muhyidin sewaktu umumkan nama Isa sebagai calon Dun Bagan Pinang:


"Saya tidak buat keputusan sendiri dan mereka katakan Isa! Isa! Isa! tiga kali disebut baru saya umumkan kerana itu adalah kehendak daripada pengundi di sini."-bernama



Kata Isa Samad pula selepas dicalonkan -"Saya bukan lakukan jenayah, ini merupakan pelanggaran kod etika pemilihan, itu istilah pertama yang kita gunakan."-bernama


"Malah seperti yang saya katakan, kes2 jenayah pun orang boleh terima, ada yang dah jadi Ketua Menteri, ada dah jadi Menteri, dan ada yang bercita2 nak jadi Perdana Menteri lagi, semua ada, jadi apa masalah?"-bernama


Apa pula kata Mahathir yang jadi penentang kuat Isa sebagai calon prk Bagan Pinang sebelum nama Isa diumumkan- "Jika saya(Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan calonkan saya, kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya."-malaysiakini 26-09-09. Kata Tun lagi:


"Tetapi di Malaysia budaya seumpama itu tidak wujud."-malaysikini 26-09-09.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan