Salam Ramadhan buat semua yang sudi bagi pendapat dalam blog ini yang tidak mengira kutuk aku atau sesiapa saja, akan aku siarkan selagi tidak melampaui batas dan menyerang secara keterlaluan.
Aku baru saja habis mendengar majlis tazkirah Ramadhan yang menceritakan ciri-ciri munafik dalam Islam oleh seorang Ustaz di Masjid al-Falah untuk dikongsi bersama.Kata beliau siapakah itu orang munafik? Dengan memetik ayat Quran surah al-Baqarah ayat 8 yang menceritakan perihal orang munafik, Allah berfirman : "Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari Akhirat,"pada hal sebenarnya mereka tidak beriman.
Orang munafik itu bukannya terdiri daripada orang kafir, bukannya orang yang beragama Kristian, Hindu, Buddha dan lain -lain agama, tapi orang munafik itu berada bersama orang-orang Islam. Orang munafik itu Allah Taala tempatkan di neraka yang paling bawah dan berada di dasar neraka. Mereka menyembunyikan kemunafikkan mereka. Mulut mereka kata beriman tapi hati mereka tidak beriman kepada Allah.
Jelas ustaz tu lagi dalam Surah Al-Baqarah saja ada 13 ayat yang menceritakan perihal orang munafik. Orang munafik itu jika berkelahi atau bertekak melampaui batas (Taghut) tidak mahu bersandarkan hukum agama untuk selesaikan masalah. Orang munafik itu lagi bahaya daripada orang kafir!
"Mengapa kita menghina agama orang sedangkan agama lain tidak menghina agama kita. Kalau kita menghina Tuhan agama lain nescaya mereka tidak akan teragak-agak untuk menghina Tuhan kita (Allah). Adakah Allah menyuruh kita memijak kepala lembu, binatang yang halal di makan dan dalam masa yang sama lembu itu binatang yang dimuliakan oleh agama lain?"
Orang munafik itu menganggap orang yang beriman itu orang yang bodoh. Ustaz , ulama dan orang-orang yang berilmu bodoh, hanya mereka saja yang bijak pandai. Orang munafik itu bersifat talam dua muka, ketua munafik itu Allah gelarkan mereka sebagai Syaitan, mereka mendakwa mereka beriman kepada Allah, beriman kepada Al-Quran tetapi sebenarnya mereka berhukumkan hukum Taghut (hukum selain daripada Allah). Bila diajak kepada Al-Quran dan Hadis mereka enggan, mereka menolaknya.
Zaman Nabi Muhammad SAW mereka membina masjid untuk pecah belahkan umat Islam ( Abdullah bin Ubai) tapi nabi menyuruh diroboh saja masjid yang mereka bina.
Firman Allah-"Dan apabila dikatakan kepada mereka :"Berimanlah kamu sebagaimana orang2 itu beriman." mereka menjawab :"Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang2 bodoh itu?" Ketahuilah bahawa sesungguhnya merekalah orang2 yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahuinya (akan hakikat yang sebenar) Al- Baqarah ayat 13.
Walah hu a'lam.
Adakah orang yang kerjanya tarik kereta, maki hamun orang dalam majlis yang aman, tidak solat, mau bunuh orang ,mau rogol orang depan khalayak ramai, gelar wanita yang bersuami sebagai pelacur ,layak digelar pejuang Islam?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan