Jumaat, 11 September 2009

Dulu Berebut P. Ramlee Sekarang Berebut 'Pendet'

Rakyat Indonesia yang berjiwa 'seni' dan pertahankan kebudayaan mereka sanggup mahu bunuh rakyat Malaysia yang berada di Jakarta, di Jalan Diponegoro semata -mata tuduh Kerajaan Malaysia curi tarian 'Pendet' dari negara itu untuk buat promosi pelancongan. Mereka mengancam rakyat Malaysia yang lalu di Jalan Diponegoro dengan buluh runcing.



Rakyat Indonesia yang tak puas hati itu turut bakar bendera Malaysia dan baling telur ayam kemuruk(busuk) kepada kedutaan Malaysia. Takkan berebut tarian pun sanggup nak sula rakyat Malaysia dengan buluh runcing. Rakyat Indon yang cari makan kat Malaysia ni ada 1.8 juta orang , ni kira ada permit, yang tak ada permit pun 1 juta orang lebih, dok himpun duit kat Malaysia angkut bawa balik Indon, takkan sanggup nak sula rakyat Malaysia pasal berebut tarian 'Pendet' tu.

Dulu ada juga dok pertikai P. Ramlee tu beranak mana, Indon ka Malaysia ka?. Kalau pakat berebut nak buat Undang-Undang Islam ada juga logiknya. Ni berebut tarian, tak malu ka negeri yang ada ramai umat Islam pakat berebut tarian 'Pendet' ni?

1 ulasan:

  1. Ermmm...saya org Malaysia. Tak de apa yang perlu direbutkan tentang Tarian Prndet tu..
    Sepanjang belajar di sekolah rendah sampai masuk U, tak pernah pulak dengar pasal "Tarian Pendet salah satu tarian budaya yang ada di Malaysia"....Ade ke??....memang tak ada.

    Salah faham jer tuh.... Seriously kalau nak dipilihanraya kan (utk tentukan hak cipta tarian tu)...kami rakyat Malaysia akan redhakan Indonesia menang tanpa bertanding. Cukup2 la...

    BalasPadam