Selasa, 29 September 2009

Lembu binatang popular 2009


Sepanjang tahun ini dirasakan cerita lembu sentiasa ada dalam media massa dan jadi bahan sensasi untuk dibaca. Bermula dengan lembu korban MB Selangor , Tan Sri Khalid Ibrahim yang jadi isu politik di Selangor tahun lepas hingga lah kepada Demo Kepala Lembu yang sensasi dan sensitif. Mereka yang terlibat dengan Demo Kepala Lembu depan Bangunan SUK , Selangor telah didakwa di Mahkamah dan dibenar ikat jamin. Gambar lembu di atas copy daripada mStar online.

Terkini pula 70 penternak binatang lembu, termasuk kerbau dan kambing buat demo dan bantahan depan Bangunan SUK, Selangor kerana tidak puas hati kononnya binatang mereka yang mati tidak dapat bantunan Kerajaan Negeri Selangor. Ternakan mereka mati kerana runtuhan tempat buangan sampah haram di Kg Sungai Kertas, Ulu Yam.

Lagi satu pula cerita seorang surirumah , di Alor Setar yang beli daging lembu , apabila beliau memotong daging lembu tersebut tertera kalimah Allah pada 6 kepingan daging yang dipotongnya.
Wanita tersebut menyimpan kepingan yang tertera nama Allah tu untuk tujuan perubatan-malaysiakini

Dalam Al-Quran surah Al-Baqarah (lembu betina) ayat 67 hingga 74 yang mengisahkan penyembelihan lembu betina yang diperintahkan Allah kepada Bani Israel, yang menjelaskan watak orang Yahudi pada umumnya.

P
olitik Selangor yang sentiasa panas dan tak pernah diam daripada sebarang isu sama popular dengan binatang yang bernama lembu tu. Bermula dengan kematian Teoh Beng Hock di Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9 akibat disiasat SPRM (tak tau sapa yang bunuh atau bunuh diri sendiri) , isu arak dan terkini SELCAT antara sesama pemimpin Pakatan Rakyat, tah sapa punya batu api , sampai tuduh menuduh dalam media tak habis -habis lagi, Teng yang jadi Pengerusi Selcat kata DR Hasan Ali bohong, tah siapa yang bohong siapa Wallh hu a'lam.

Umno pun buat-buat sokong Hasan Ali kot2 boleh tambah 'penyokong'. Kita yang jadi rakyat ni dok perhatikan saja gelagat pemimpin -pemimpin bila dah berkuasa. Media pro -Umno tambahkan lagi gamatnya politik Selangor seolah-olah Pakatan Rakyat di Selangor dah bercerai talak tiga.

Isu arak libatkan Hasan Ali, Isu Selcat juga Hasan Ali, nama Hasan juga popular di Selangor. Aku teringat lagu lama Melayu Klasik tapi tak ingat habis:

"Hasan budak jaga lembu
Hari-hari curi jambu
Kalau tahu Tok Penghulu
Tentu dia kena palu"

Hanya sekadar lagu kebetulan nama Hasan , politik Selangor dan lembu jadi popular kat Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan