Apabila Tun Mahathir, bekas PM dan bekas Pengerusi Barisan Nasional dihina dengan gambarnya hendak digantung selipar oleh perwakilan MIC dalam Perhimpunan Agung MIC, apa yang kita nak kata? Kritikan Mahathir kepada Samy Vellu, Presiden 'seumur hidup' MIC semasa Perhimpunan MIC berlangsung jadi punca kemarahan ahli2 MIC yang kononnya menghina Samy Vellu.
Perwakilan yang syorkan gambar Mahathir digantung selipar tu belum lagi buat kerja tu , cuma syorkan saja, tapi dikira menghina Tun.Samy Vellu kononnya akan ambil tindakan terhadap perwakilan tersebut-malaysiakini
Kalau bekas Presiden USA, Bush telah dilempar dengan kasut oleh seorang wartawan di Iraq, sewaktu beliau sedang berucap dan merupakan satu penghinaan terhadap Bush dan memang elok pun Bush dilempar kasut kerana telah membunuh puluhan ribu rakyat Iraq yang tak berdosa, tapi adakah kerana kritikan Mahathir terhadap MIC beliau dilayan begitu oleh parti yang juga kawan Umno dalam BN? Bukankah Umno dan MIC 'abang-adik' kenapa nak gantung selipar kat gambar Tun?
Inilah perangai samseng orang BN , tak kira Umno ataupun MIC sama saja. Kalau kepala lembu dipijak-pijak dan buat honar tak ketawan hala, apa pula masalahnya nak gantung selipar kepada Tun.
Aku dengan orang Umno ni setakat bercakap mulut saja, biasala Umno kata kat Pas, Pas kata kat Umno, tapi tak la sampai nak lebih2.Umno dia gamak buat apa saja 'main' dengan hilang 5 negeri ni. Umno yang tak puas hati pun kata macam2 kat Mahathir, nak kira apa kalau MIC nak gantung selipar kat Tun.
Buat sementara waktu ni Tun janganla keluar rumah takut-takut kena baling kasut pulak dengan orang MIC yang jadi pembela kepada Samy Vellu.
Tambahan:
Hina sungguh nasib Tun Mahathir di penghujung usia dan di hujung2 nyawa ni ada orang nak kalungkan selipar buat potret beliau. Tak dinafikan ada buruk ada baik yang dilakukan Tun Mahathir, mungkin yang buruk Tun lakukan itu lalu nak dikalungkan selipar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan