Hari ini berakhirlah puasa kita selama 29 hari di bulan Ramadhan dan hari esok (Ahad) insyaAllah kita semua umat Islam akan merayakan kemenangan kerana telah berpuasa selama sebulan. Selama kita berpuasa, adakah puasa kita diterima Allah? Adakah puasa kita telah menjadikan kita sebagai orang yang Muttaqin atau orang yang bertaqwa kepada Allah? Menjadikan Al-Quran sebagai teman kita sepanjang zaman, menjadikan Al-Quran sebagai ikutan dan panduan.
Adakah puasa kita hanya sekadar tuntutan agama dan adat saja tak lebih daripada itu.Walau apa pun marilah kita berdoa semoga puasa kita diterima Allah. Ada orang yang bersedih kerana berakhirnya Ramadhan.Ada orang yang gembira kerana Ramadhan telah berlalu pergi boleh makan di siang hari tak perlu lagi sembunyi-sembunyi.
Dalam dunia tanpa sempadan ini, dunia internet, dunia cyber ini aku juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada sapa2 terasa hati dengan aku sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan