Tun Mahathir memang kecewa kerana saranan beliau supaya Umno jangan pilih Isa Samad sebgai calon Umno di Bagan Pinang tak dipedulikan oleh pemimpin tertinggi Umno. Tun Mahathir berkata beliau tidak akan turun berkempen untuk bantu Umno di prk Bagan Pinang seperti di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Tun Mahathir dalam blognya yang menulis mengenai 'Calon Pilihanraya' berkata- calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang dalam pilihanraya. Umno dah tercemar dengan politik wang dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi parti. Kata Tun lagi rakyat dan orang ramai dah tak hormat lagi pada Umno dengan gejala rasuah yang berluasa dalam Umno. Besar kemungkinan rakyat atau pengundi tak akan undi lagi Umno dalam pru-13.
Kalau kita menganggap dadah itu musuh negara, musuh masyarakat dan dianggap sebagai najis adakah orang yang amalkan rasuah, makan suap, jolok duit untuk kerabat jadi Naib Presiden Umno tidak boleh dianggap sebagai kotoran dan najis malah musuh negara?
Adakah pengundi Bagan Pinang yang sokong Umno mau bergelumang dengan pemimpin yang jadi najis itu. Kalau Isa Samad itu dianggap banyak jasa, banyak buat pembangunan walaupun terpalit dengan rasuah politik wang adakah beliau boleh dianggap bersih? Biil Clinton masa jadi Presiden USA pun kerana berbohong dan ada skandal dengan pembantu peribadinya pun ditolak oleh rakyat Amerika. Kalau pengundi Bagan Pinang dah berfikiran maju macam rakyat Amerika kena tolak Isa Samad macam rakyat Amerika tolak Biil Clinton.
Tak malukah pemimpin Umno macam Ketua Menteri Melaka , Ali Rustam yang kata Isa Samad calon paling layak. Layak kerana pandai jolok duit untuk menang? Layak kerana ada pangkat dan kedudukkan, bukan kerana moral dan maruah diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan