Sabtu, 17 Oktober 2009

'Bodyguard' Nak 'Parking' 4-5 0rang

Sehari sebelum hari mengundi di Markaz Induk Pas di Bagan Pinang ada la seorang pemimpin Pas nak 'parking ' kereta, waktu tu kira dah Maghrib dah nak letak kereta saja kat depan Markaz Induk tapi dia punya jaga kalahkan Perdana Menteri . 4-5 orang daripada unit Keselamatan, bukan hj Zamuri dan Pak Daq yang berkampung sampai hari mengundi tu , hebat kawalan yang diberikan. Unit Keselamatan tu aku tengok bernombor siri kat jaket hitam yang dipakai. Kawalan diberikan mungkin takut kena tetak atau serangan ala 'Ninja' oleh samseng Umno di Bagan Pinang!

Kawalan kepada Pemimpin Pas tu hebat kalahkan pemimpin Hizbullah di Lebanon yang jadi sasaran Israel.

Aku cerita ni bukan apa cuma nak kaitkan dengan saranan Tengku Razaleigh yang ulas tentang Pindaan dalam parti Umno. Kata Ku Li- "Pindaan bukan setakat membuang 'kelengkapan' seperti pengawal peribadi yang menghalang mereka daripada akar umbi."-sinar harian (klik)

Ku Li turut berkata"Kita memerlukan pemimpin yang bersih, yang bebas daripada rasuah dan perilaku yang dicerca oleh orang ramai."

Mungkin Ku Li perli Isa Samad yang amalkan politik wang tapi masih boleh menang kerana banyak jasa di Negeri Sembilan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan