BAGAN PINANG, 11 Okt - Polis telah menangkap seorang lagi pemuda dipercayai diupah oleh Umno bagi menimbulkan kekecohan di sekitar kawasan pengundian Teluk Kemang pagi ini. Pemuda tersebut yang dipercayai berusia awal 20-an ditangkap atas kesalahan menimbulkan kekecohan sehinggga mencederakan beberapa para penyokong yang hadir.
Pemuda tersebut memulakan insiden kekecohan tersebut dengan menghampiri kawasan perhimpunan penyokong PAS lalu membaling beberapa objek berupa botol minuman dan batu.
Kekecohan yang berlaku kian menjadi-jadi ekoran berlanjutnya kejadian baling membaling tersebut antara kedua belah pihak selama beberapa minitg.
Polis berjaya mengawal keadaan dan menenangkan orang ramai yang hadir. seterusnya pemuda yang berjaya ditangkap tersebut dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut oleh sebuah kereta polis.
Kejadian tangkapan ini merupakan kejadian kedua seumpamanya selepas kejayaan polis menahan seorang pemuda yang dipercayai membawa sejenis senjata merbahaya di kawasan pengundian Teluk kemang kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
prkn31baganpinang.pas
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan