Khamis, 8 Oktober 2009

Samseng Umno Macam Orang Mabuk Serang Markaz Pemuda Pas Di Bagan Pinang



Dalam sidang media Pakatan Rakyat di Markaz Induk Jentera Pilihanraya Pas di Bagan Pinang, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menunjukkan kepada orang ramai dan wartawan gambar pemuda Pas yang diserang oleh pemuda Gerak Gempur Umno-BN di Markaz Pemuda Pas Pusat di Bagan Pinang .

Kejadian yang berasingan di Bagan Pinang ini menunjukkan sikap Pemuda Umno yang cuba tunjuk lagak dan samseng untuk menakut-nakutkan Pemuda Pas dan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Mengikut beberapa orang yang berada di Markaz Induk Pas itu berkata Pemuda Umno yang menyerang Markaz Pemuda Pas itu dalam keadaan mabuk.

Kenapa Markaz Pemuda Pas begitu mudah diganyang Pemuda Umno? Bagaimana dengan kawalan keselamatan yang bertugas?

Kata Mahfuz dalam sidang media itu, Umno jangan cuba bermain kasar dengan Pas , tahap kesabaran Pas ada hadnya.

Kata Mahfuz lagi Umno umpama kerbau yang kena sembelih. Bila direbahkan kerbau untuk disembelih semua rumput dan duri keman yang ada dibawah kerbau mati. Akhir sekali kerbau juga mati. Sama macam Umno, jika kalah di Bagan Pinang , Umno juga akan terima nasib macam kerbau yang disembelih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan