Rabu, 7 Oktober 2009

Gempa Billboard Dan Banner Pakatan Rakyat









Sekiranya Umno tewas di Bagan Pinang maka tamatlah riwayat Umno dalam pru-13 akan datang. Umno parti yang bongkak dan sombong itu akan berkubur buat selama-lamanya. Atas dasar ketakutan dan kebimbangan inilah Umno sanggup berparang , menetak dan melibas petugas Pas di Markaz Pemuda Pas di Bagan Pinang.-harakahdaily

Umno sanggup gunakan samseng untuk huru-harakan prk Bagan Pinang untuk capai kemenangan walau atas apa cara sekalipun, janji menang. PM Najib yang berada di Paris pun berkata -"Janji Umno menang."-bernama

Perbezaan 3 kerusi dalam dun Negeri Sembilan amat gusarkan Umno-Bn untuk pertahankan kerajaan Umno-Bn di Negeri Sembilan. Penggunaan samseng untuk pilihanraya sudah sebati dengan parti Umno sejak peristiwa berdarah 'Lubuk Merbau "lagi. Menggunakan 100 orang samseng untuk menyerang Pemuda Pas dalam kawasan Markaz Pas dengan senjata tajam di Bagan Pinang adalah dengan tujuan amaran dan dendam Umno kepada Pas yang tiada kesudahan.

Pihak Polis pula lambat bertindak seolah-olah macam tidak ada apa-apa berlaku walaupun mangsa serangan berlumuran darah.Pemuda Pas pula jangan hanya berdiam diri dengan gertakan Umno yang berani kerana ada samseng, Polis dan Fru yang berpihak kepada Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan