Jumaat, 2 Oktober 2009

Pergi Jahanamlah Sisters In Islam

Sisters In Islam patut buang saja perkataan Islam yang ada pada pertubuhan itu kerana badan itu langsung tak menghormati hukum Islam dan banyak kelirukan umat Islam , malah memperlekehkan hukum Islam.

Kenapa SIS hanya pertikaikan hukum sebat ke atas Kartika Sari Dewi oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan tapi tidak pertikaikan hukum sebat dan rogol di Mahkamah Sivil? Kalau SIS anggap hukum sebat ke atas Kartika oleh mahkamah Syariah zalim , kejam dan langgar hak asasi manusia, mahkamah Sivil yang sebat pesalah tu tak zalim ka? Aku sokong NGO2 Islam yang buat bantahan terhadap SIS tu mengenai kes Kartika yang disebat 6 rotan bukannya 40 atau 100 rotan pun. Dewan Pemuda Pas anggap SIS hina dan perlekehkan hukum Islam-malaysiakini

Kalau Kartika sendiri sanggup terima hukum sebat , kenapa SIS kalut dan sibuk sangat failkan di mahkamah untuk tangguh dan batalkan hukum sebat tersebut. Pertubuhan laknat tu dipengaruhi siapa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan