Khamis, 29 Oktober 2009

Benda Dalam Seluar Dalam Pas Pun Bagi Tau Kat Blogger ! Baca

Ini apa yang aku petik daripada blog mahaguru58 yang jumpa Hasan Ali dan Nasa dalam perjumpaan blogger-blogger 'campuran' di rumah Hasan Ali:


"Seboleh mungkin saya tidak mahu melanggar amanah yang beliau letakkan pada kami tetapi ada satu perkara yang mengejutkan saya dan juga para bloggers yang hadir pada malam itu!

Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman.

Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.

Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.

Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!-" petika daripada mahaguru58

B
aguihla benda dalam seluaq dalam Pas pun cerita kat blogger2.

1 ulasan:

  1. lah...itupun nak nagitau.

    tapi ikrar ada loophold yg boleh digunakan:

    1. Apply pada YB je.....so sapa yg tak menang tu bolehlah lompat.

    2. perkataan 'mengkianati pas' ini juga objective pasal saya tak pikir puak pro-UG ini rasa mereka mengkianati pas kerana pada mereka, mereka sedang menyelamatkan pas daripada dibuli/dihina PKR,DAP & bukan islam.

    3. "mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan"....so amacam if jadi independent

    BalasPadam