Selasa, 27 Oktober 2009

Bersama Pakatan Rakyat Atau Perpaduan Dengan Umno-Husam

Tok Guru Nik Aziz dilaporkan akan hadir Mensyuarat Khas (Rabu) bersama-sama dengan lain-lain pimpinan Pas , Pesuruhjaya Negeri dan lain-lain perwakilan untuk bincangkan kemelut politik yang tercetus daripada blog Tok Guru sendiri. Tok Guru menjelaskan kehadirannya juga kerana banyak sangat gembar-gembur yang tidak elok akan ketidak hadirannya pada Mensyuarat tersebut.

Husam Musa yang dituduh dalang disebalik kata-kata Tok Guru yang gesa buat EGM menafikan pembabitannya.Apa yang didesak Tok guru itu adalah atas kehendak Tok guru sendiri.
Beliau juga berkata Mensyuarat Khas itu dijangka lebih menyatakan pendirianPas akan bersama Pakatan Rakyat atau akan bersama Umno -BN dalam Kerajaan Perpaduan. Husam menjelaskan apa yang diucapkan Tok Guru dalam blognya itu lebih kepada persediaan Pas untuk pru-13 akan datang dan tidak akan ada gesaan untuk pemilihan semula pimpinan pucuk tertinggi Pas Pusat. Husam Musa adalah Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Kelantan dan AJK Pas Pusat yang dilantik.

Seorang penganalisis politik daripada UUM berkata , kehadiran Tok Guru Nik Aziz yang sebelum ini berkata tidak akan hadir dan hari ini menjelaskan akan hadir ke Mensyuarat Khas tersebut dianggap sebagai akan ada satu perbincangan yang serius untuk masa depan Pas sendiri. Penganalisis tersebut juga berkata nama-nama yang disebut dalam blog Tok Guru itu yang dianggap bermasalah kerana mau jalin kerjasama dengan Umno menunjukkan betapa Tok Guru memandang jauh kehadapan untuk kestabilan Pas untuk jangka panjang. Beliau juga tidak bersetuju dengan tanggapan banyak pihak yang menganggap Husam adalah dalang disebalik apa yang Tok Guru cakap dalam blognya. Isu kerajaan perpaduan jika terus disuarakan akan menggoncang kesepakatan dan kestabilan parti-parti dalam gabungan pakatan rakyat.

2 ulasan:

  1. Kalu dgn Umno tobat lahum aku keluar parti pas masuk parti dap. aku akan dakwahkan dan politikan ahli2 dap menentang umno and the geng. Keras kote.

    BalasPadam
  2. Inilah sifat Husam...nak hijack PAs sedangkan soal perpaduan dah tertutup. Tapi ditiup2nya seolah2 ada secret meeting lagi. Bijak bijak Husam.

    BalasPadam